BINTANG sensasi, Fazura mengorak setapak lagi langkah dalam industri hiburan untuk bergelar penyanyi apabila kini muncul dengan single, Sayangi Dirimu.
Siapa sangka, selebriti jelita yang pernah muncul dalam program realiti Facing Up To Fazura mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.
Kalau korang nak tahu, musik video ‘Sayangi Dirimu’ nyanyian Fazura sudah ditayangkan baru-baru ini buat tontonan umum menerusi akaun Fazura Official di Youtube.
Memang style habis dan nampak begitu sinonim dengan diri Fazura sendiri.
Tidak seperti video penyanyi wanita yang lain, Fazura berani tampil dengan wajah tanpa solekan buat para peminat. Korang kenalah tengok sendiri!
Menerusi video tersebut, Fazura cuba membawa mesej positif tentang kehidupan dirinya sebagai bintang terkenal. – MYNEWSHUB.CC
