JIKA sebelum ini Farid Kamil berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai gambar-gambar seksi Diana Danielle yang hangat diperkatakan, tapi sebagai seorang suami akhirnya Farid meluahkan perasaannya.
Menurut Farid, dia terkilan dengan kontroversi yang menimpa isterinya itu.
Terdahulu: GAMBAR: Diana Danielle ‘SEKSI GILA’ Dalam Majalah Esquire
Walau bagaimanapun, Farid enggan memberikan sebarang ulasan lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan Diana, Prokuya Studio untuk menjawab perkara tersebut.
“Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.
“Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ianya di bawah tanggungjawab pengurusan mereka,” katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Diana mengejutkan ramai apabila tampil berani mendedahkan bahagian dada untuk dua sesi photoshoot majalah berbentuk gaya hidup.
Terdahulu: Diana Danielle Terus Seksi.. Dedah Dada Dalam Video GLAM
Bukan sedikit kritikan diterima pelakon cantik ini, yang mana peminat melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu adalah tidak manis untuk beraksi sedemikian.
– MYNEWSHUB.CC

