Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Dapat Derma RM36,000 Ke...

LONDON - Seorang wanita yang dikecam selepas melancarkan laman kutipan derma untuk cuti...

Pasang Kamera Pada Badak...

STRATEGI mengesan serta menangkap pemburu yang menjalankan kegiatan haram dengan membunuh haiwan-haiwan terancam...

APMM Tahan 10 Nelayan...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 10 warga Vietnam serta merampas...

Tentera Robot China Terpaksa...

BEIJING : China mengarahkan robot mesingan ke kawasan gurun barat negara itu kerana...

FAM Sedia Timbang Cadangan Berhubung Jadual Liga-M 2016

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mendengar cadangan pihak berkaitan berhubung jadual Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bagi memastikan ia tidak padat seperti musim ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui jadual perlawanan Liga-M yang padat pada musim ini tidak boleh dielakkan termasuk aksi pada bulan Ramadan nanti setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pandangan pasukan bertanding.

“Kita memang telah buat awal untuk jadual pada musim ini termasuk aksi pada bulan puasa nanti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Warriors Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam sebagai CEO Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencadangkan supaya FAM mengadakan mesyuarat lebih awal dengan semua pihak berkepentingan sebelum menyusun jadual perlawanan Liga Malaysia musim depan.

Baginda menyifatkan langkah itu wajar demi memelihara kualiti liga serta memberi masa yang cukup kepada skuad kebangsaan untuk membuat persiapan bagi menghadapi sesuatu pertandingan.


Dalam pada itu, Hamidin memaklumkan satu seminar khas akan diadakan pada 6 dan 7 Mei ini di Lembah Klang bagi memberikan penerangan kepada pasukan mengenai penstukturan baharu Liga-M di bawah kendalian FMLLP termasuk keuntungan hak penyiaran sebagaimana yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail sebelum ini.

Hamidin turut mendedahkan mereka kini berada dalam proses rundingan akhir dengan beberapa syarikat swasta bagi penajaan Liga-M musim ini.

“Saya rasa kita mungkin boleh dapat sama dengan jumlah diperolehi musim lepas ataupun lebih bagi musim ini dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat,” jelasnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori