• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Perlu Kawasan Luas Untuk Menempatkan Pati Yang Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memerlukan sebuah kawasan luas untuk menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi membanteras PATI di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komandernya Datuk Abd Rashid Harun berkata sebanyak 6,000 hingga 8,000 PATI sahaja boleh ditempatkan di pusat tahanan sementara sedia ada.

“Jadi, kita amatlah berharap supaya kekangan ini dapat diatasi agar kita dapat lebih proaktif dan agresif dalam tindakan kita (membanteras PATI).

“Selepas pengumuman laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, ESSCom telah dipertanggungjawabkan, seperti yang diketahui, untuk menjalankan operasi (membanteras PATI) di ESSZone dan ESSCom tidak ada masalah dengan kerjasama semua agensi untuk menjalankan operasi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun kedua penubuhan ESSCom di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi.

Mengenai perancangan ESSCom dalam tahun ketiga penubuhannya, Abd Rashid berkata pelbagai strategi, yang dirangka oleh bahagian pengoperasian dan risikan ESSCom bersama bahagian awam, akan dilaksanakan secara berperingkat.

Terdahulu, beliau berkata ESSCom sentiasa mematuhi lunas undang-undang sedia ada dalam setiap operasi penguatkuasaan memburu PATI.

Beliau menolak tanggapan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah ESSCom menggunakan kekerasan dan bertindak keterlaluan dalam operasi yang dijalankan.

“ESSCom sentiasa menghormati hak asasi manusia termasuk yang termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Kita tidak pernah menganiaya atau bertindak keterlaluan terhadap PATI di ESSZone, seperti juga amalan di negara lain, termasuk negara jiran kita, ESSCOM bertanggungjawab memastikan undang-undang negara, khususnya peraturan imigresen sentiasa dipatuhi,” katanya.

Mengenai operasi bersepadu yang dijalankan bagi membersihkan ESSZone daripada PATI, Abd Rashid berkata setakat 28 Feb lepas, sebanyak 6,082 orang diperiksa di Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,269 ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Abd Rashid berkata ESSCom telah mengharungi pelbagai peristiwa pahit manis sejak entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri itu ditubuhkan dua tahun lepas.

“Selepas insiden pencerobohan Kampung Tanduo awal tahun 2013, tiada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang baharu. Namun kita dikejutkan pula dengan beberapa kes penculikan tahun lepas.

“Alhamdulillah, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan di enam daerah di ESSZone pada 19 Julai tahun lepas, kita berjaya mengekang aktiviti penculikan,” katanya.

Abd Rashid berkata operasi bersepadu dan perintah berkurung di ESSZone akan diteruskan dan menyifatkan strategi itu berkesan dalam memantapkan lagi kawalan keselamatan di ESSZone.

ESSCom diwujudkan pada 1 April, 2013 selepas insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun sama.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

Tags: EsscomPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd