• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emirates Tempah Pesawat Terbesar 615 Kerusi

oleh
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI — Syarikat penerbangan terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates bakal menerima dua buah pesawat komersial terbesar di dunia jenis Airbus A380 yang mampu membawa kapasiti 615 penumpang.

Menurut akhbar ternama Britain, The Independent, pesawat mega berkuasa empat enjin ini akan mula beroperasi pada Disember untuk laluan jarak jauh tanpa henti antara Dubai dan ibu negara Denmark, Copenhagen.

Sekadar rekod, kapasiti maksimum model A380 keluaran konsortium Eropah, Airbus dan bernilai AS$428 juta (RM1.6 bilion) seunit pada setakat ini adalah 517 penumpang, termasuk 14 kerusi untuk kelas pertama.

Namun, Emirates yang kini sudah pun memiliki 58 unit A380, dijangka mengubah suai konfigurasi dengan membuang 14 kerusi kelas mewah itu dan sebaliknya ia menambah lagi jumlah penumpang untuk kelas ekonomi.

Alasan Emirates kerana banyak laluan yang mereka terbang, pengguna kelas eksekutif tidak terlalu ramai dan syarikat udara UAE itu cuba untuk memaksimumkan kapasiti kerusi dalam pesawat agar lebih optimum.

Emirates yang ditubuhkan pada 1985 dan terbang ke 142 bandar raya di 78 negara; kini mempunyai 222 buah pesawat termasuk 138 unit dari model saiz lebar, Boeing 777 dengan kapasiti maksimum 450 kerusi.

Pada masa ini, trend pesawat dengan ramai penumpang ‘dikuasai’ Boeing buatan Amerika Syarikat menerusi model 747 sejak 1970 dan sehingga akhir 2014, kira-kira 1,500 unit telah beroperasi di seluruh dunia.

Model pesawat Jumbo Jet ini boleh diubah suai untuk membawa antara 350 sehingga 550 penumpang, malah rekod tertinggi ialah 560 orang oleh Japan Airlines untuk beberapa laluan jarak dekat syarikat nasional Jepun itu.

Bagaimanapun rekod penumpang paling banyak dibawa untuk sebuah pesawat masih lagi dipegang pada 1991 oleh syarikat penerbangan Israel, El Al, menerusi model 747 yang direka khusus untuk operasi khas tentera.

Pada waktu tersebut, rejim Zionis itu berjaya mengangkut 1,122 penumpang dalam sebuah pesawat El Al memindahkan etnik Yahudi yang terancam akibat perang saudara di Ethiopia menuju ke Israel menerusi Operation Solomon.

Sebanyak 35 penerbangan berturut-turut dalam masa 36 jam dibuat bagi membawa 14,325 kaum Yahudi Habsyah dan jumlah besar itu mampu dicapai kerana saiz tubuh badan etnik tersebut agak kecil. — Agensi/A.AMREE

Tags: AirbusBoeingdubaiEmiratespesawatUAE
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Gorila ‘Silverback’ Hentak Cermin, Takutkan Pelancong

Next Post

Selama 26 Tahun, Suami Isteri Ini Makan Sepinggan

Related Posts

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

09/09/2024
0

DUBAI: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Next Post

Selama 26 Tahun, Suami Isteri Ini Makan Sepinggan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd