Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

36 Penagih Ditahan Dalam...

RAUB - Tiga puluh enam lelaki yang disyaki penagih dadah termasuk empat pengedar...

Mangsa Di Kelantan &...

KUALA LUMPUR- Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam...

Henti Tular Upacara ‘Raja...

ALOR GAJAH - Orang ramai diingatkan tidak menularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin...

Jangan Cat Ikut Suka,...

RUMAH merupakan tempat yang paling istimewa buat seseorang dan kita sendiri pasti mahu...

Eksport Sarang Burung Walit Ke China Hampir RM2b Tahun Lepas

PUTRAJAYA – Eksport sarang burung walit negara ke China pada tahun lepas mencecah 145 tan metrik yang bernilai hampir RM2 bilion, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Eksport berkenaan juga dijangka bertambah pada tahun ini berikutan peningkatan bilangan tempat pemprosesan yang telah dan akan diluluskan oleh pihak berkuasa China.

“Statistik pembangunan industri menganggarkan lebih 40,000 premis burung walit telah dibina dan beroperasi di seluruh negara sejak 2008.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula sudah mendaftarkan sebanyak 10,330 buah premis sarang burung walit sehingga hari ini dan dijangka terus mendaftarkan sekurang-kurangnya 25,000 buah premis menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian seminar dan mesyuarat agung Persatuan Industri Sarang Burung Walit Bumiputera di sini, hari ini.


Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian, Azini Mohd Shahid.

Selain itu, Ismail Sabri menyifatkan persatuan yang didaftarkan pada 23 Mac, 2014 itu akan menjadi platform kerjasama, perkongsian teknologi dan maklumat pemasaran dalam kalangan pengusaha bumiputera.

“Ini sekaligus meneroka penyelesaian bagi menghadapi cabaran dan mengatasi kekangan semasa industri dalam usaha menerajui pasaran global produk sarang burung walit,” katanya lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori