MESKIPUN pernah kecewa dalam kegagalan rumah tangganya dahulu, namun itu tidak mematahkan harapan buat pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar untuk mencintai dan dicintai.
Terbaharu, Dynas dikhabarkan sedang hangat menjalinkan cinta dengan seorang jejaka berbadan sado yang dahulunya adalah rakan sekolah menengahnya.
Menerusi H-Live, Dynas mengakui tidak menyangka hubungan mereka sebagai rakan sekolahnya akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih.
https://instagram.com/p/0NLDIHmmtz/?taken-by=dynasmokhtar
https://instagram.com/p/0Kq5x-mmtL/?taken-by=dynasmokhtar
“Saya sampai sekarang macam pelik, almaklumlah semasa di bangku sekolah kami memang mengenali antara satu sama lain, dia tahu saya ‘dating’ dengan siapa dan begitu juga dia, akan tahu saya akan berpacaran dengan siapa.
“Tapi saya memang tahu dia memang baik dan memahami, sikap dan minat dia juga sama dengan saya iaitu pergi ke majlis-majlis korporat, fashion show dan sebagainya, jadi dia bukan jenis yang pemalu,†kata Dynas.
Mengulas mengenai perancangan hubungan ini, Dynas memberitahu semuanya bergantung kepada masa dan keadaan.
“Saya hanya doakan yang terbaik, serah keputusan kepada si dia dan keluarganya, mungkin sebelum ini saya banyak sorokkan mengenai kisah cinta saya, untuk dia saya berani untuk kongsikan kepada semua.
“Apa-apa pun ini semua sudah tertulis, saya dengan secara jujurnya memang selesa bercinta dengannya, kerana perasaan ini lahir secara semulajadi dengan tidak sengaja,†ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH