BAGI yang mengikuti perkembangan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi laman Instagram mesti perasan diva popular ini gemar mengayakan tudung seledang jenis lace.
Ini mungkin berita baik buat semua penggemar fesyen tudung terkini kerana tudung lace yang digayakan Siti Nurhaliza bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Siti yang pada awalnya bermula dengan menjual teh, kemudian terjun ke bidang kosmetik dan terbaharu memilih untuk melancarkan jenama tudung yang dikenali sebagai Kallista by SitiNurhaliza.
https://instagram.com/p/2BoYdnLQkm/?taken-by=ctdk
Siapa sangka, meskipun sentiasa sibuk dengan perjalanan seninya namun dalam diam pengasas produk kecantikan jenama SimplySiti ini sudah merencana sesuatu yang besar buat dirinya.
Menurut diva popular ini, jenama tudung ciptaannya masih dalam perancangan dan bakal mengumumkan kepada peminatnya kelak.
“Alhamdulillah, ini hanya seronok-seronok lagipun bila idea nak buat tudung ini timbul, semangat saya untuk mencuba menjual tudung berkobar-kobar.
“Tambahan pula, saya lihat koleksi tudung lace jarang nampak orang pakai. Jadi saya rasa tudung lace ini boleh menjadi treadmark bagi permulaan jenama saya,” katanya.
Bercerita mengenai jenama tudungnya, Siti Nurhaliza berkata, tudung keluarannya sangat mudah dipakai dan nampak eksklusif dengan pelbagai corak lace.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK
https://www.youtube.com/watch?v=meu9wkWPguw&feature=youtu.be