Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Lawat Indonesia Esok...

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke...

Tweet ‘Demo Besar Jika...

BERIKUTAN tersebarnya pesanan di laman mikro Twitter yang meramalkan satu demonstrasi besar-besaran akan...

Najib Sahkan Komitmen Malaysia...

PUTRJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan komitmen...

“No PAS No Problem”...

KUALA LUMPUR - Keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan tidak akan memberi kesan kepada...

Deposit Tambahan Bil Air Berdasarkan Arahan SPAN

MELAKA – Deposit tambahan yang mula dikenakan kepada pemegang akaun Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi bil bulan Mac lepas berdasarkan arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kata Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Mohd Khalid Nasir.

Beliau berkata arahan itu tertakluk pada Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang berkuat kuasa pada 1 Feb lepas.

Beliau berkata deposit tambahan mengikut caj penggunaan air selama dua bulan itu merupakan satu daripada langkah semakan semula dilakukan SPAN berhubung bayaran deposit pemegang akaun mana-mana syarikat bekalan air di negara ini.

“SPAN telah mengeluarkan surat kepada SAMB selaku pemegang lesen perkhidmatan untuk membuat semakan semula deposit pengguna dan SAMB telahpun mengeluarkan notis pemberitahuan kepada semua pemegang akaun SAMB berhubung deposit tambahan tersebut sejak tiga bulan lepas, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya tiada paksaan kepada pelanggan untuk menjelaskan deposit berkenaan serta-merta dan SAMB memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan bayaran mengikut kemampuan tanpa pemotongan bekalan air buat masa ini.

Mohd Khalid berkata deposit tambahan tersebut akan dikaji dua kali setahun bagi pengguna industri dan setahun sekali bagi pengguna domestik berdasarkan arahan SPAN.


Sebelum ini ada penduduk berasa terkejut kerana dikenakan deposit tambahan itu dalam bil tanpa pemberitahuan yang efektif dan terperinci, mengundang kritikan terutamanya di media sosial kepada SAMB dan kerajaan negeri.

Junaidah Ibrahim, 52, dari Masjid Tanah berkata deposit tambahan tersebut tidak kena pada masanya dan mendakwa hanya menerima notis pemberitahuan berhubung caj itu yang dicetak pada belakang bil bulan Mac.

“Amat terkejut kerana deposit tambahan berjumlah RM50 dikenakan dan jumlah itu agak tinggi sehingga menyebabkan jumlah bayaran bil yang yang perlu dijelaskan mencecah lebih RM80, ia membebankan dan tidak sepatutnya dilakukan pada masa ini,” katanya dan menurutnya sebelum ini bil airnya sekitar RM20 hingga RM30 sahaja.

Rubiah Mamat, 58, dari Lorong Pandan di sini berkata pihak SAMB sepatutnya lebih peka dengan memaklumkan perkara itu kepada pengguna secara lebih efektif dan beberapa bulan sebelum melaksanakannya.

“Saya hanya tahu tentang caj tersebut apabila melihat notis pemberitahuan di belakang bil bulan Mac dan pada masa sama deposit berkenaan telah dikenakan,” katanya yang dikenakan deposit tambahan RM64. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori