• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tak Beri Diskaun Caj Pembangunan – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah melantik mana-mana pihak, agen atau syarikat mewakili DBKL untuk pelaksanaan atau rundingan Caj Pembangunan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata DBKL mendapat maklumat bahawa terdapat pihak tertentu dan orang perseorangan yang mendakwa bahawa mereka dapat mengurangkan atau mendapat diskaun atas Caj Pembangunan.

“DBKL tidak pernah melayan mana-mana pihak dalam perkara seperti itu dan ia merupakan satu fitnah dan penipuan yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“DBKL tidak melantik perantara bagi apa-apa urusan DBKL,” katanya.

Tengku Adnan berkata setiap kelulusan pembangunan akan dikenakan Caj Pembangunan di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan (Akta 267).

“Selepas mendapat kelulusan, untuk mempercepatkan pengeluaran Perintah Pembangunan (DO), amalan DBKL masa sekarang adalah mengeluarkan satu nilai anggaran Caj Pembangunan.

“Anggaran ini akan dimuktamadkan selepas pengiraan muktamad dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL dan nilai ini akan menjadi nilai muktamad yang perlu dibayar oleh pemaju untuk DO,” jelas Tengku Adnan.

Oleh itu, katanya perbezaan antara nilai anggaran dan nilai muktamad tidak boleh dianggap sebagai diskaun atau pengurangan Caj Pembangunan.

Dalam pada itu, pihak DBKL akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mendakwa boleh mendapatkan diskaun atau pengurangan terhadap Caj Pembangunan dan sebagainya. – BERNAMA

https://youtu.be/AwA4oFjIwBQ

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd