• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Najib Bawa Banyak Pembaharuan

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata antara perkara pertama yang dilakukan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri adalah memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Tapi ramai yang salah ertikan dengan mengatakan ia menggalakkan pluralisme,” katanya pada majlis “Malam Anugerah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2014” di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Ayob Mamat.

Beliau berkata Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

Menyentuh tentang pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320), Mustapa berkata ia adalah untuk kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan menteri-menteri kanan.

“Ini adalah penting bagi mempercepatkan urusan kerajaan kerana bagi pemimpin, masa itu emas.

“Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya. Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Untuk itu, Mustapa berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

“Saya orang lama, dah bertugas dengan tiga Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya pernah bertugas dengan Tun Mahathir dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Banyak gelaran (tidak baik) yang orang beri kepada beliau (Tun Dr Mahathir).

“Tapi kami pertahankan beliau (Tun Dr Mahathir) sebab kami fikir beliau paling layak meneraju. Selepas itu Pak Lah (Tun Abdullah) pula. Beliau juga banyak jasa (termasuk) memberi kebebasan kepada media,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd