• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dari Mentah Sampai Terhidang.. Makanan Berisiko Tercemar

oleh AK-47
12/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP tahun Hari Kesihatan Sedunia disambut secara global pada 7 April. Di Malaysia, Melaka menjadi destinasi pilihan untuk meraikannya di peringkat kebangsaan bagi 2015.

Hari Kesihatan Sedunia merupakan hari yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengetengahkan isu kesihatan yang perlu diberikan perhatian serius.

Tema “Food Safety – from farm to plate” diketengahkan pada tahun ini bagi memberi tumpuan terhadap kepentingan memastikan keselamatan makanan yang dibekalkan kepada kira-kira 7 bilion pengguna di seluruh dunia.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Melaka, pada selasa.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Melaka, pada selasa.

Di Malaysia, beberapa insiden melibatkan keselamatan makanan hingga meragut nyawa membuatkan kerajaan kian serius dalam memastikan makanan yang dijual di pasaran tempatan termasuk yang diimport adalah selamat.

Dunia hari ini menyaksikan kawalan keselamatan makanan menjadi satu tugas yang kian mencabar disebabkan complexity penghasilan makanan.

BACA: Daging Ayam Berpenyakit Ada Jual Di Pasaran?

Pencemaran boleh berlaku di sepanjang rantaian makanan bermula daripada bahan mentah hinggalah ke peringkat ia dihidangkan atas meja makan.

mynewshub.cc

Tidak hanya pengguna, kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan dan industri diperlukan bagi memastikan makanan selamat dijamah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah memainkan peranan paling efektif dalam memastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian adalah terkawal daripada sebarang punca pencemaran makanan.

BACA: Tiada Laporan Wanita Dijangkiti Kencing Tikus Dari Kobis

Antara bukti yang menyaksikan kepentingan unit ini adalah kes melibatkan buah buahan import iaitu epal jenis Gala dan Granny Smith dari California, Amerika yang telah disekat daripada memasuki Malaysia pada Januari lalu kerana disyaki dicemari bakteria Listeriosis Monocytogenes.

BERKAITAN: Epal Gala, Granny Smith Di Labuan Bukan Dari Amerika

Selain itu, KKM telah memudahkan pengguna untuk mengenal pasti sama ada pek makanan yang dikeluarkan premis pengilangan di negara ini telah dijamin keselamatannya atau tidak, melalui beberapa pengiktirafan yang dikeluarkan di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti Skim Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Skim Pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP) dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Tidak hanya bersandarkan rasa sedap, pengguna pada hari ini mesti bijak memastikan makanan yang dijamah tidak tercemar dengan mengenalpasti sama ada premis yang dipilih mendapat pengiktirafan KKM. -GAMBAR HIASAN
Tidak hanya bersandarkan rasa sedap, pengguna pada hari ini mesti bijak memastikan makanan yang dijamah tidak tercemar dengan mengenalpasti sama ada premis yang dipilih mendapat pengiktirafan KKM. -GAMBAR HIASAN

Bagi premis outlet makanan seperti gerai, restoran, kafeteria dan medan selera pula, KKM kini memperkenalkan pengiktirafan menerusi Program Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) peringkat kebangsaan.

Justeru sebagai pengguna yang mementingkan kebersihan dan keselamatan makanan, outlet yang mempamerkan logo BeSS seharusnya menjadi pilihan anda kerana makanan disajikan di situ telah diiktiraf KKM terbukti bersih, selamat dan sihat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi
Foto/Video: Riza Razak

https://www.youtube.com/watch?v=GKxjvdK9uuM

Tags: Food SafetyHari Kesihatan SeduniaKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd