Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Wajah Syazwan Ketika Bayi...

TINDAKAN pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik gambarnya ketika bayi yang dicantum dengan foto Allahyarham...

Hormat Bakal Bapa Mertua,...

PETALING JAYA - Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong...

5 Lelaki Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Polis hari ini menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam kes...

Khairul Azwan Ucap Tahniah,...

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun mengucapkan tahniah...

Hasil Dakwah Adam Corrie, 15 Orang Peluk Islam

SIAPA sangka meskipun bukan dilahirkan sebagai Islam namun itu bukan alasan buat pelakon Adam Corrie tidak menjalankan dakwahnya sebagai umat Islam.

Bermula dengan hanya berdakwah menerusi laman sosial Facebook dan Instagram miliknya, cikgu koreografer Akademi Fantasia ini telah berjaya menarik kira-kira 15 individu untuk memeluk Islam sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.

“Alhamdulillah, setakat ini sudah ada 15 orang saya bantu untuk memeluk Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram. Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu.

“Seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah. Dari situ ramai yang bukan Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang,” kata Adam.

Dalam pada itu, Adam kini bekerjasama dengan aktor popular Adi Putra dalam menjayakan projek ibadah umrah khas buat golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

“Projek ini sudah dua tahun saya usahakan namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.


“Kali ini pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan,” ujarnya.

Sama-sama kita doakan semoga urusan Adam Corrie dan jemaah yang lain dipermudahkan, mudah-mudahan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Sumber: mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori