• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Yang Dipertuan Agong Gering Disahkan Palsu

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali menafikan penyebaran maklumat mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering selepas baginda dilaporkan rebah di istana.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya melahirkan perasaan dukacita dengan penyebaran khabar angin itu.

“Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah gering kerana rebah di istana.

“Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah.

“Majlis yasin itu lazimnya diadakan di Kedah, kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku.

“Semoga Allah menganugerahkan Duli Baginda berdua panjang umur dan sihat sejahtera sentiasa. Amin,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd