• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Cadang KWSP Beri Pilihan Had Pengeluaran Wang

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi pilihan kepada pekerja berhubung had umur pengeluaran wang.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pekerja harus diberi pilihan sama ada mengeluarkan wang simpanan mereka antara umur 55 dan 60 tahun.

“KWSP tidak sepatutnya hanya melihat kepentingan wang yang diuruskan tetapi juga masa depan pekerja di negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan KWSP yang sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Azih yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berkata bukan semua pekerja akan bekerja sehingga usia 60 dan mereka juga memerlukan wang sebagai persediaan untuk bersara pada usia 56, 58 atau 60 tahun.

“Had umur 55 tahun pada masa kini adalah bersesuaian dan kami harap ia dapat dikekalkan kepada semua pekerja di sektor awam dan swasta.

Katanya, terdapat pelbagai faktor seperti kesihatan, gaya hidup dan jenis pekerjaan yang menyebabkan seseorang pekerja itu bersara awal daripada umur 60 tahun.

“KWSP tidak berhak menahan pesara daripada mengeluarkan wang mereka lebih awal dan jika pengeluaran wang dibuat pada umur hampir 60, akan ramai pesara yang sukar menanggung perbelanjaan harian dan menggunakannya untuk berbagai tujuan,” katanya lagi.

Bagi seorang bakal pesara, Mohd Jamil Daud, 55, langkah yang diambil oleh KWSP untuk menambah baik polisi sedia ada demi kepentingan rakyat amat dihargai namun ia haruslah dikaji semula dari setiap sudut.

“Pesara sepatutnya berhak mendapat wang persaraan mereka apabila sudah bersara bagi memudahkan mereka membiayai kehidupan seharian.

Mohd Jamil turut mencadangkan pencarum menyertai kursus kewangan dan pelaburan sebelum usia persaraan sebagai persediaan untuk menguruskan wang simpanan mereka.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) turut memandang serius perkara berkenaan dan meminta KWSP mengekalkan had pengeluaran wang simpanan sedia ada.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut akan dibangkitkan pada Mesyuarat Persidangan Perwakilan UNI-MLC pada 25 April depan selain menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Situasi ekonomi semasa dan kos sara hidup tinggi menyebabkan rakyat perlu menguruskan kewangan dengan lebih baik selain mempunyai komitmen untuk merancang masa depan sebelum bersara,” katanya.

“Tempoh pengeluaran wang carumaan yang mahu diselaraskan oleh KWSP juga agak terlewat dan tidak relevan kerana kebanyakan pekerja pada usia itu memerlukan wang simpanan untuk pelbagai tujuan seperti perubatan, menjelaskan pembiayaan kewangan rumah, pendidikan anak-anak dan menampung kos sara hidup harian.

Katanya, pulangan diberikan KWSP pada ketika ini kepada pencarum adalah rendah (enam peratus) berbanding institusi lain seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Lembaga Tabung Haji dan Felda yang memberi dividen lebih banyak daripada KWSP.

Mohamed Shafie berkata, pihaknya meminta KWSP mengkaji semula cadangan tersebut sekali gus tidak mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan soal kebajikan pekerja. – BERNAMA

Tags: CuepacsKSWP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Perlu 6 Bulan Hingga Setahun Untuk Fahami GST – Chua

Next Post

Apa Kes Ni? Beri Nama Bayi Sempena ‘Car Boot Sale’

Related Posts

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Next Post

Apa Kes Ni? Beri Nama Bayi Sempena 'Car Boot Sale'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd