Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Batal Tujuh Kontrak Perumahan...

KUANTAN - Tujuh kontrak Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Pahang dibatalkan,...

Variasi Padi Aerob Mampu...

MUAR - Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mempromosikan variasi padi...

Sofi Jikan Terkejut Urin...

PETALING JAYA - Pelakon popular Mohd. Shoffi Jikan mengakui terkejut selepas ujian air...

PRK: Amal Tunjuk Ajar...

TUMPAT - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Cuaca Bukan Punca Sebenar Helikopter Terhempas

SIASATAN nahas helikopter di Semenyih yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis membuktikan cuaca buruk bukan menjadi punca tragedi tersebut.

Menurut sumber, para menyiasat kini lebih menumpukan perhatian sama ada ianya kesilapan mekanikal atau manusia yang menyebabkan pesawat AS365N2 Dauphin terhempas.

Keputusan ini berdasarkan audio dari perakam suara kokpit helikopter yang mendedahkan terdapat ‘suara meredakan’ dalam perbualan dalam kalangan penumpang selama beberapa minit di akhir penerbangan.

Bagaimanapun, pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang petanda ‘misteri’ dalam perbualan tersebut.

“Sebelum itu dalam penerbangan, juruterbang dan penumpang telah didengar membincangkan tentang bunyi yang datang dari helikopter. Mereka berkata mereka bimbang tentang isu mekanikal, “kata sumber itu.


Dalam pada itu, sumber mengesahkan bahawa Aidana Baizieva, 25, terlibat melakukan operasi penerbangan bersama juruterbang Kapten Clifford William Fournier Jr namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai penglibatannya dalam nahas tersebut.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan analisis rakaman penerbangan masih dilakukan dan maklumat akan didedahkan dalam laporan awal, bulan depan.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori