• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celcom Perkenal Khidmat Kirim Wang Menerusi Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd kini memberi peluang kepada para pelanggannya untuk memanfaatkan telefon bimbit mereka bagi tujuan kiriman wang menerusi perkhidmatan dikenali ‘Doowit.’

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia antara lainnya membolehkan khidmat kiriman wang secara pantas, selamat dan mudah menggunakan telefon bimbit dari pelbagai lokasi serta pada bila-bila masa dan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata pelanggan tidak seharusnya ragu-ragu kerana perkhidmatan kewangan itu selamat digunakan mereka, khususnya pekerja asing yang berdepan kekangan masa dan waktu kerja yang tidak menentu.

“Menerusi ‘Doowit’ pelanggan dapat mengelak prosedur kaedah konvensional di kaunter seperti perlu beratur panjang berjam-jam lamanya.

“Perkhidmatan baharu ini kini disediakan di 46 premis terpilih Blue Cube di seluruh negara dan akan turut ditawarkan secara berperingkat-peringkat menerusi saluran Celcom Xclusive Partners,” katanya.

Zalman berkata, untuk menggunakan perkhidmatan itu, para pelanggan perlu mendaftar menerusi telefon bimbit mereka.

Pengirim dan penerima wang kiriman itu akan menerima makluman sistem pesanan ringkas (SMS) sebaik transaksi mereka selesai.

‘Doowit’ turut menawarkan kadar tukaran wang serba kompetitif serta caj kiriman wang yang minimum iaitu serendah RM7.50 dan tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). – BERNAMA

Tags: CELCOMWang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Perunding Kewangan Didakwa Menipu Duit Pelanggan

Bekas Perunding Kewangan Didakwa Menipu Duit Pelanggan

27/10/2022
0

PONTIAN: Seorang bekas perunding kewangan sebuah bank mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahguna wang dan menipu wang pelanggan membabitkan...

Wang I-Lestari RM10,000 Lesap

Wang I-Lestari RM10,000 Lesap

22/08/2022
0

Petaling Jaya : Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik seorang lelaki sebanyak RM10,000 lesap sekali mata apabila ditipu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd