• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catuan Bekalan Air Diteruskan Di Rembau, Tampin

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) akan meneruskan catuan bekalan air berjadual di daerah Rembau dan Tampin berikutan kekurangan sumber air di Empangan Gemencheh.

Ketua Bahagian Perhubungan Awamnya, Norzita Ismail berkata catuan fasa 5 ini akan disambung selama dua minggu lagi sehingga 24 April.

“Waktu catuan akan bermula pukul 10 pagi sehingga 10 pagi hari berikutnya (24 jam) secara bergilir di antara daerah Rembau dan Tampin. Pelaksanaan catuan ini tidak akan melibatkan hari cuti umum, Sabtu dan Ahad,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya langkah catuan bekalan air ini terus laksanakan berikutan tiada kenaikan dicatatkan pada paras air Empangan Gemencheh sejak daripada catuan fasa 1 pada September 2014 sehingga kini.

Katanya paras Empangan Gemencheh setakat 9 April lepas menunjukkan bacaan 93.11m iaitu berada di bawah paras kritikal 95.0m.

“Keadaan ini berpunca daripada tiadanya taburan hujan yang mencukupi setakat ini. Justeru, pihak SAINS tetap akan meneruskan catuan fasa 5 bagi membantu jumlah penggunaan air sehari yang memerlukan sebanyak 8 juta gelen sehari (MGD).

“Air terawat yang telah diproses dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh disalurkan ke daerah Tampin adalah sebanyak 4,386 akaun manakala bagi daerah Rembau adalah sebanyak 8,467 akaun bersamaan dengan 12,853 akaun,” katanya.

Norzita berkata, pembelian air mentah daripada Kerajaan Negeri Melaka yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Sembilan dan Sains baru-baru ini telah dapat membantu mengurangkan agihan air daripada LRA Gemencheh sebanyak 1,300 akaun di daerah Tampin.

Sementara itu, katanya kerja-kerja penyambungan paip sepanjang 5.25km dari LRA Sawah Raja, Rembau ke laluan paip asal di Astana Raja, Rembau sehingga ke Pekan Kota, Rembau sedang giat dilaksanakan.

Namun, katanya kerja-kerja sistem pengepaman air dari Sungai Jelei dari Kampung Geduhom melalui Ladang Johol serta pembinaan LRA Sawah Raja Fasa 2 akan tetap dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti perancangan asal.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains melalui talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam.

Pengguna juga boleh melaporkan aduan melalui SMS ke 06-6033500 ataupun e-mel kepada aduan @sainswater.com dan maklumat terkini juga boleh didapati di laman web www.sainswater.com. – BERNAMA

Tags: bekalan airNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd