• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cakra Khan Akui Gemuruh Mahu Jumpa Fans M’sia Bulan Depan

oleh AK-47
03/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan sememangnya tidak asing lagi di persada hiburan tanah air.

Keunikan suara serak-serak basahnya berjaya menambat hati pendengar di Malaysia hingga ada yang memuji pelantun Harus Terpisah ini sebagai penyanyi bersuara khas.

Istimewa buat para peminatnya, Cakra Khan atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman bakal tampil membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur pada 23 Mei depan.

Showcase Sky Gateaway Cakra Khan @ KL Tower yang julung kalinya menampilkan Cakra Khan di Malaysia ini bakal berlangsung jam 8.30 malam di Mega View Banquet Hall.

Pada malam tersebut jejaka berusia 24 tahun ini bakal menghiburkan peminat selama satu jam dengan mempersembahkan koleksi lagu nyanyiannya dan beberapa lagu artis Malaysia.

DSC_1375

Persembahan kali ini agak eksklusif di mana ianya hanya terhad kepada 350 orang sahaja sekaligus memberi lebih peluang buat dirinya berinteraksi penuh dengan para peminat.

“Persembahan kali ini berbeza kerana saya dapat berinteraksi dengan audience lebih dekat. Saya bakal mempersembahkan antara 10 hingga 15 lagu.

“Meskipun sedikit gemuruh namun saya yakin boleh lakukan dan kini sedang sibuk berlatih untuk persembahan Sky Gateaway ini.

“Saya rasa terhormat kerana ini pertama kali saya ada showcase sendiri tanpa dikongsi artis lain. Saya berjanji akan memberi yang terbaik untuk para peminat,” kata Cakra Khan yang ditemui Mynewshub pada sidang media, Khamis.

Cakra bersama Izwan yang ditemui di sidang media.
Cakra bersama Izwan ketika sidang media Sky Gateaway Cakra Khan @ KL Tower.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Acara Mohd Izwan Abdul Halim memberitahu, acara hiburan Sky Gateaway ini merupakan salah satu strategik bagi menarik para pengunjung dari Malaysia dan luar negara untuk melawat Menara Kuala Lumpur.

“Cakra mempunyai suara yang lain dari yang lain. Pemilihannya sebagai selebriti pada acara itu bertepatan dengan keperibadian Cakra yang kami rasakan eksklusif dan sesuai,” jelas Izwan.

Jadi peminat Cakra… tunggu apa lagi?

Layari www.menarakl.com.my/www.facebook.com/officialmenarakl untuk keterangan lanjut kalau rasa-rasa nak layan suara serak-serak basah penyanyi kesayangan anda ini secara dekat dan eksklusif gitu…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=-6FwMpcN3cA&feature=youtu.be

Tags: cakra khan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kali Ditipu, Cakra Khan Serik Bercinta Lagi

20/01/2018
0

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi dari sebarang, Cakra Khan yang mempunyai suara serak-serak basah mirip selebriti kacak, Afghan ini kan?...

Cakra Khan Makan Sambal Pedas Untuk Suara Merdu

27/04/2017
0

SELALUNYA jika dijangkiti radang tekak, doktor akan nasihatkan supaya kurangkan makan makanan pedas untuk mengelakkan gangguan suara. Tetapi lain pula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd