• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj VEP RM20 Bermula 1 Ogos Ini – Aziz Kaprawi

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dari Singapura, dijangka bermula 1 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan kini dalam proses perolehan dan pemasangan alat di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

“Ini kali pertama Malaysia akan melaksanakan sistem caj ini dan sudah pasti ia akan mengambil masa dari aspek perolehan dan pemasangan alat.

“Kadar caj pula akan kekal pada RM20 seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini kerana jumlah itu dianggap relevan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta ‘Funride and Criterium Road Race’ yang diadakan sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Dataran Bandaraya, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata caj VEP akan turut dikenakan ke atas kenderaan asing dari pintu masuk lain seperti Thailand sebagai usaha penyelarasan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan lebih mendalam mengenai penangguhan kenaikan tambang bas ekspres.

Beliau berkata ia bagi memastikan kenaikan berkenaan relevan dengan keadaan semasa dan pada masa sama tidak membebankan pengguna.

“Kementerian akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam dengan ‘stakeholder’ lain agar kenaikannya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Jelajah Kemahkotaan Johor 2015 yang diadakan sejak 31 Mac lalu sempena Kemahkotaan Sultan Johor memasuki acara terakhir dengan penganjuran Funride & Criterium Road Race yang diadakan dalam tiga kategori dan disertai lebih 50 peserta. – BERNAMA

Tags: KenderaanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd