• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Perkhidmatan: KPDNKK Periksa 787 Premis Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 787 hotel dan restoran bagi menangani isu caj perkhidmatan di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata sehingga semalam sebanyak 412 aduan diterima dengan 88 premis diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Operasi itu dijalankan bermula 8 April dan berdasarkan aduan diterima, kami akan buat siasatan sama ada berlaku pengambilan keuntungan margin tidak munasabah.

“Pengusaha diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan invois dan dokumen berkaitan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata KPDNKK akan terus memberi penerangan tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) selain turun padang melakukan pemeriksaan secara berkala bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Alias berkata secara kumulatif setakat semalam sebanyak 120,884 premis diperiksa dan pihaknya memantau ketat terutama kadar harga jualan bahan mentah serta basah supaya tidak berlaku kenaikan yang ketara.

“Kami dapati kalau berlaku kenaikan ia bergantung kepada pembekal sebagai contoh buah-buahan import dari China, Mesir dan Amerika Syarikat dipengaruhi nilai tukaran wang semasa,” katanya.

Mengulas mengenai tinjauan di gerai penjaja kecil dan kedai borong di sekitar Permatang Pauh beliau berkata harga jualan barangan agak stabil dan tidak banyak berbeza berbanding sebelum pelaksanaan CBP.

“Peniaga dilihat cuba mengekalkan harga sebelum CBP…cuma beberapa barang seperti harga ayam ada perbezaan di beberapa tempat iaitu paling mahal pun berharga RM8.80 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata data terkini menunjukkan 11,169 aduan diterima menerusi pelbagai saluran di seluruh negara dengan kenaikan harga barang merekodkan jumlah tertinggi iaitu 2,247 kes.

Sejumlah 352 kertas siasatan dibuka dengan 18 daripadanya telah dilengkapkan dan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini, katanya. – BERNAMA

Tags: cajKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Masa Hendak Naikkan Caj Klinik Swasta – KJ

Bukan Masa Hendak Naikkan Caj Klinik Swasta – KJ

09/07/2022
0

KUALA LUMPUR – “Ini bukan masanya untuk menaikkan harga pelbagai caj di klinik swasta ketika ini kerana kita tahu rakyat...

Krisis Air: Restoran Nafi Niat Kaut Untung Caj Tambahan

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini tular dalam laman sosial, sekeping resit bayaran di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd