• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M Bantuan Langsung Kerajaan Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberi kepada rakyat berkelayakan adalah bentuk bantuan langsung kerajaan kepada rakyat.

Justeru Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata adalah tidak benar apabila ada pihak tertentu memandang serong bentuk bantuan berkenaan termasuk kononnya bantuan itu sebagai merasuah rakyat.

“Itu adalah satu pandangan orang bankrap. Seperti yang diperjelas tadi, program pemberian ini adalah satu sistem pemberian bantuan kerajaan yang terus kepada mereka yang memerlukan. BR1M adalah satu daripada usaha berinovasi untuk terus membantu rakyat yang betul-betul memerluka bantuan,” katanya.

Maximus berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan BR1M kepada 5,379 penerima di sini hari ini.

Katanya bantuan berkenaan dapat meringankan beban rakyat serta membantu mereka menyusun serta merancang perbelanjaan harian berikutan kenaikan harga barang.

Menurut Maximus pemimpin yang waras tidak mungkin menganggap pemberian BR1M kepada rakyat yang benar-benar memerlukan disebabkan persekitaran ekonomi yang mencabar, sebagai rasuah.

Mengenai projek hidro elektrik Ulu Padas yang berkapasiti 180MW, beliau berkata kerajaan persekutuan akan mengeluarkan tender pada Mei atau selewat-lewatnya bulan Jun dan berharap kerja pembinaan bermula sebelum akhir tahun ini.

Katanya empangan berkenaan kelak bukan sahaja berfungsi untuk menjana elektrik tetapi juga sebagai kemudahan mitigasi banjir sekali gus memberi keselesaan kepada kira-kira 200,000 penduduk Beaufort, Sipitang dan Kimanis yang sering dilanda banjir. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd