• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Pinjam 15 Buku Di Perpustakaan Di Johor

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) bersetuju untuk memberi pinjaman sehingga 15 buah buku di semua perpustakaan awam negeri bermula 5 Mei ini.

Pengarah PPAJ, Ungku Noorakmal Ungku Sulaiman berkata, ia merupakan langkah drastik memandangkan PPAJ mengehadkan hanya lapan buah buku untuk dipinjam orang ramai sebelum ini.

“Kita mengambil pendekatan berani ini sebab ingin meningkatkan jumlah pinjaman buku. Biarlah rak buku di perpustakaan kosong, asalkan ramai orang datang meminjam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ di Perpustakan Awam Johor, di sini hari ini.

Kempen dirasmikan Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Seri Rosni Omar.

Ungku Noorakmal berkata beliau melihat inisiatif itu akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat dalam tempoh masa panjang, sekali gus menjadikan ia satu amalan seperti di negara-negara maju.

“PPAJ ketika ini mempunyai sebanyak 104 perpustakaan dengan keahlian yang aktif adalah 300,000 orang. Mudah-mudahan ramai yang akan terbuka hati selepas ini kerana kami sedar tindakan mengehadkan pinjaman sebelum ini menjadi kekangan buat mereka untuk membaca,” katanya.

Terdahulu, Rosni menyifatkan kempen yang dijalankan selama dua tahun itu berjaya memupuk minat membaca seawal usia muda.

Menurut beliau, pada tahun lalu sahaja seramai 350,000 orang mengikuti kempen berkenaan dan tahun ini, pihaknya menyasarkan sehingga 600,000 masyarakat dari pelbagai lapisan, terlibat kempen. – BERNAMA

Tags: perpustakaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

30/11/2023
0

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid...

Jadikan Perpustakaan Sebagai Gedung Menuntut Ilmu

12/11/2018
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd