• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Serba Hitam: Dewan Negara Perak Suarakan Teguran

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dewan Negara Perak menyuarakan teguran keras terhadap cara berpakaian yang tidak menghormati etika berpakaian penuh istiadat oleh sebahagian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 pada 31 Mac lepas.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata teguran itu merupakan satu daripada tiga ketetapan yang diputuskan pada mesyuarat dewan ke-163 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.

“Ahli-Ahli Dewan Negara mengingatkan bahawa di negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan telah berkenan setiap tahun menetapkan dua acara yang dikategorikan istimewa dan dimuliakan sebagai hari penuh istiadat yang dirujuk sebagai ‘Hari Kalung’.

“Pertama, istiadat sambutan ulang tahun keputeraan Raja Pemerintah yang istiadatnya dilangsungkan dalam Balairung Seri Istana Iskandariah dan kedua, istiadat perasmian persidangan DUN yang dilangsungkan dalam ruang Dewan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkenan itu membuktikan bahawa Sultan Perak mengiktiraf, sekali gus menganugerahkan darjah kemuliaan kepada institusi rakyat yang dilambangkan oleh DUN.

Ayop berkata Dewan Negara Perak menegaskan perbuatan sebahagian ADUN itu bukan sahaja bersifat melanggar adat malah mencerminkan sikap tidak beradab mereka terhadap dewan, sekali gus terhadap Ketua Negeri iaitu Raja Pemerintah yang berangkat mencemar duli untuk memberikan kemuliaan dan pengiktirafan kepada dewan berkenaan.

“Ahli-Ahli Dewan Negara menetapkan pendirian dan menyembahkan cadangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan agar di masa hadapan supaya bersifat tegas terhadap pihak-pihak yang memilih tidak mematuhi adab dan tidak menghormati adat di dalam sesuatu majlis.

“Ketetapan Dewan Negara ini akan disampaikan secara rasmi kepada pihak berkuasa pentadbiran negeri,” katanya.

Ayop berkata pada persidangan itu, Dewan Negara juga menyembahkan ucapan tahniah kepada Sultan Nazrin atas jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon yang memohon perkenan baginda untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Tertinggi Kewangan Kemanusiaan menerusi surat bertarikh 30 Mac lepas.

Kesemua ahli Dewan Negara menyifatkan jemputan tersebut bukan sekadar pengiktirafan tertinggi kepada Sultan Nazrin tetapi juga penghormatan kepada rakyat dan negeri Perak dan kepada negara secara keseluruhannya, katanya.

Beliau berkata selain itu, Dewan Perak mengambil maklum titah perkenan Sultan Nazrin melantik bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sebagai ahli bukan rasmi dewan berkenaan, yang berkuat kuasa 17 April ini. – BERNAMA

Tags: adunPerak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Wajib Terima Pelawaan UMNO Runding Hudud – Abdul Hadi

Next Post

Bront Palarae Dinobat Aktor Terbaik AIFFA 2015

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Bront Palarae Dinobat Aktor Terbaik AIFFA 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd