• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Merah Rahsia Lee Kuan Yew Dipamerkan Kepada Awam

oleh
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Beg Merah yang pernah digunakan oleh perdana menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew untuk mengisi segala dokumen kerjanya kini dipamerkan kepada awam di Muzium Negara Singapura mulai hari ini, 2 April.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada pameran bagi memperingati sumbangan dan jasa mendiang yang menerajui Singapura sejak dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1959 sebelum menjadi perdana menteri dari 1965 sehingga 2004.

Beg itu digunakan Kuan Yew untuk menyimpan dan membawa dokumen penting serta rahsia selain fail urusan kerjanya termasuk sebagai ahli Parlimen Tanjong Pagar sehinggalah beliau dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 4 Februari lalu.

Juga disebut Red Box kerana berwarna merah, beg itu dipamerkan bersama-sama dengan barang-barang milik peribadi mendiang termasuk jam tangan Rolex yang diterimanya daripada Kesatuan Pekerja Pos dan Telekomunikasi Singapura.

Galeri pameran khas Memoriam: Lee Kuan Yew itu sebenarnya sudah dibuka sejak 25 Mac lalu yang secara kebetulan bersempena dengan sambutan Jubli Emas hari kemerdekaan ke-50 tahun Singapura dan ia sudah dikunjungi 14,000 orang.

Lembaga Warisan Kebangsaan dan Muzium Negara menjangka, dengan pameran beg peribadi Kuan Yew itu, jumlah pelawat akan bertambah susulan kematian mendiang pada 23 Mac lalu masih dirasai jutaan warga republik itu sehingga kini.

Mendiang yang meninggal dalam usia 91 tahun disemadikan pada upacara pengebumian penuh penghormatan negara pada 29 Mac lalu selepas seluruh Singapura berkabung selama seminggu sejak kematiannya. – Agensi/A.AMREE

Tags: Lee Kuan YewSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd