Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Legasi Jambatan Victoria Di...

TERLETAK di Enggor, Kuala Kangsar, Perak, Jambatan Victoria sememangnya menggamit pelancong. Berusia 117 tahun,...

Kaji Hanya Kanak-Kanak Divaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk hanya membenarkan kanak-kanak yang telah divaksin sahaja...

Suspek Kes MH17 Bebas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Ukraine hari ini membebaskan dengan jaminan seorang suspek yang...

LHDN Larang Pokemon GO...

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melarang aplikasi permainan Pokemon Go di...

Banyak Sangat Tawaran, Aaisyah Pun Ada Pengurus Sendiri

INGAT lagi tak tempoh hari lalu kami ada menyiarkan artikel perihal anak pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang kini sudah rasmi bergelar artis di bawah naungan LOL Entertainment.

BACA: Baby Popular, Aaisyah Dhia Rana Kini Sudah Bergelar Artis

Kalau korang nak tahu, rezeki Aaisyah Dhia Rana kini semakin mencurah-curah dengan pelbagai tawaran sehinggakan si cilik ini memerlukan pengurus sendiri.

1

Kata Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta, meskipun usia anaknya masih terlalu muda namun itu bukan penghalang untuk menarik minat pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, rezeki Aaisyah semakin murah. Sekarang ini Aaisyah telah pun menjadi duta untuk pakaian kanak-kanak, Mothercare. Aaisyah juga mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat yang ingin menjadikannya duta produk mereka.

“Permintaan untuk menjadikan Aaisyah cover majalah turut diterima. Jadi tidak salah kiranya, saya menyerahkan tugas menguruskan Aaisyah kepada mereka yang lebih arif,” katanya.


Tambah Che Ta, selain menjadi duta produk, anaknya menjadi model kepada beberapa jenama terkenal.

Wah, bertuah sungguh Aaisyah Dhia Rana, kecil-kecil lagi ibu bapanya sudah mengatur kerjaya dan mampu jana pendapatan sendiri.

– MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori