• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aznil Nawawi: Seks Bukan Keutamaan Dalam Rumah Tangga

oleh AK-47
05/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKIAN lama menduda, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil mengakui persoalan mengenai bila dia akan menamatkan zaman dudanya sering menjadi telahan orang ramai di luar sana.

Menurut Pak Nil, kesibukan kerja membuatkannya melupakan perihal berkenaan sejak 21 tahun lalu.

“Benar soalan bila nak kahwin lagi memang tak pernah berhenti diajukan. Hingga saya mendapat pangkat Datuk pun ada yang berseloroh bila lagi saya nak cari Datin. Tapi mencari pengganti atau kekasih itu bukan semudah melafaz A, B, C.

“Bukan sewenang-wenangnya jumpa orang dan ajak jomlah kahwin. Pengalaman kahwin dulu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Kerana terlalu sibuk bekerja dan menghabiskan masa di luar, ada hati yang terabai,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Di kala usianya kini mencecah 53 tahun, Pak Nil mengakui seks bukanlah aspek paling penting dalam sesebuah rumah tangga sebaliknya kasih sayang itu lebih memberi kepuasan dalam hidupnya.

“Kalau balik rumah dan penat sangat serta mengantuk, tidurlah jawapannya. Pada usia saya kini, seks bukan keutamaan. Malah kalau ada yang berkahwin semata-mata kerana seks, saya rasa pelik juga. Ini kerana perkahwinan lebih daripada itu.

“Seks hanya sebahagian sahaja kasih sayang lebih penting. Macam sekarang kasih saya terus mengalir kepada anak, ibu, keluarga dan kawan. Paling melegakan saya tidak terikat dengan sesiapa dan tak dihimpit soalan awak kat mana atau balik pukul berapa,” katanya.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Aznil dikurniakan sepasang cahaya mata dan beliau turut mempunyai seorang anak angkat lelaki.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

https://www.youtube.com/watch?v=DQ3lfrwuQaE

Tags: Aznil NawawimyArtisselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd