• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Negeri Berbilion.. Bila Nak Selesai Elaun Guru Kafa?

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini didesak segera menyelesaikan isu kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) negeri itu dan bukan terus berdiam diri.

Seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mendakwa ini kerana surat tuntutan kenaikan elaun yang dihantar pihaknya kepada Mohamed Azmin Rabu lepas sehingga kini masih tidak mendapat maklum balas lanjut.

Dakwa Ekhsan Bukharee lagi, pentadbiran Mohamed Azmin sepatutnya tidak mempunyai masalah menyediakan peruntukan kewangan tersebut memandangkan rizab kerajaan negeri mencecah bilion ringgit.

“Saya membawa suara hati guru Kafa lain yang amat mengharapkan kenaikan tersebut dipercepatkan memandangkan ia telah termaktub dalam manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sehingga kini masih tidak dilunaskan.

“Kami tak minta gaji mewah…ini soal integriti menteri besar untuk tunaikan apa yang dijanjikan (manifesto). Jika kerajaan PR mengatakan Barisan Nasional sering memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat, apa bezanya mereka ini, yang turut
jadikan kenaikan elaun sebagai ‘gula-gula’ tetapi tidak tunaikan janji?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakannya yang cuba memasuki persidangan Dun semata-mata mahu menghantar surat tuntutan itu kepada Mohamed Azmin pada Rabu lepas juga menyebabkan dirinya pula diberi surat tunjuk sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jais termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Khamis lepas menyatakan pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dibuat semasa PRU-13 itu.

Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun kepada 6,742 guru Kafa di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan.

– BERNAMA

https://youtu.be/qbLDwpcovnI

Tags: Elaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd