• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Arah Teliti Semula Slogan SUKMA ‘Kita Lawan’

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau meminta anggota exco pembangunan sukan Selangor Amirudin Shaari meneliti semula slogan ‘Kita Lawan’ yang dicadang digunakan kontinjen Selangor untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Menteri Besar berkata slogan itu bukanlah idea kerajaan negeri, sebaliknya cadangan daripada persatuan sukan yang terbabit dalam SUKMA 2016.

“Saya juga dimaklumkan bahawa slogan ‘Kita Lawan’ hanya satu cadangan dan belum ditetapkan sebagai slogan rasmi Kontinjen Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-19 Kolej International INPENS di sini, hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014 malam tadi bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan “Kita Lawan” untuk kontinjen Selangor yang akan beraksi di temasya SUKMA 2016.

[BACA: Sultan Selangor Tak Berkenan Slogan ‘Kita Lawan’]

Ini kerana, titah baginda slogan itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik.

“Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini,” titahnya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd