Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gempar… ‘Tetamu’ Pecah...

SUASANA cemas bercampur huru-hara melanda penghuni asrama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Taman...

Harga Tiket Sukan SEA...

KUALA LUMPUR - Harga tiket Sukan SEA harus berpatutan bagi menarik lebih ramai...

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan...

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik...

Inui, Kagawa Bangkitkan Semangat...

MOSCOW - Jepun menutup tirai sesi pemanas badan sempena Piala Dunia dengan penuh...

Azan Pula Diperlekeh, Alvin Tan Makin Biadap

Setelah menyepi hampir enam bulan kerana melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak ditahan di bawah Akta Hasutan, penulis blog kontroversi, Alvin Tan sekali lagi mencetuskan isu berbaur sensitif lebih melampau.

Kali ini, dia bertindak paling biadap apabila memperlekehkan azan dengan cuba mengalunkan sendiri seruan masuknya waku solat fardu umat Islam itu mengikut cita rasa dirinya sendiri sambil bermain keyboard.

Dengan tidak memakai baju dan tertera salib Malta di bahu kirinya, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee memuat naik rakaman dirinya ‘melaungkan’ azan menerusi laman sosial Facebook, Alvin Tan Yolo.

Rakaman disifatkan amat kurang ajar tersebut bertajuk Muslim Call to Prayer – Azan (R&B cover) itu berdurasi selama 2 minit 50 saat dan dipercayai mula dimuat turun kira-kira pukul 6 pagi pada 21 April 2015.

Sehingga pukul 4 petang Selasa, rakaman itu telah ditonton hampir 40,000 kali dan dikongsi lebih 1,600 kali, malah paling biadap, Alvin menulis kononnya proses rakaman dilakukan di Makkah, Arab Saudi.

Pada catatan untuk rakaman tersebut, dia turut menulis: “Adakah anda sudah dapat dos Allahuakbar pada hari ini!? Ini ditujukan kepada hanya satu dan Tuhan Maha Benar, Allah s.w.t, salam ke atas Dirinya!

“Dan tolonglah jangan menghina saya kerana lirik salah… Pertama, ini hanyalah rakaman permukaan, maka perubahan secara kreatif masih dibenarkan. Kedua, saya bukan jenis pengebom bunuh diri, betul tak.

“Matlamat terbaharu saya untuk memastikan semua masjid di Malaysia memainkan rakaman ini berbanding mengalunkan suara bilal tua yang membingitkan mikrofon, dengan vokal hancur dan bunyi pecah.


“Biarkanlah bilal ini berehat, lebih utama di alam fana.” tulis Alvin yang diakhiri dengan ungkapan takbir Allahuakbar! selain pautan hashtag kepada Islam Agama Perdamaian – di Makkah, Arab Saudi.

(Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don’t badger me about the wrong lyrics… First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain’t a suicide bomber aight.

My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already… preferably in eternal peace.

ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace — at Mekkah, Saudi Arabia.

Niat Alvin memang jelas mahu menghina agama Islam apabila banyak komen yang ditulis pengguna laman itu mengkritik dirinya tetapi dia membalas seperti mahu memperlekehkan semula mereka. – MYNEWSHUB

https://www.youtube.com/watch?v=St9oVeR_F68

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori