• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tok Bali Patah Cubaan Seludup Gamat Bernilai RM13,000

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup sejumlah 500 kilogram gamat bernilai RM13,000 ke luar negara di kawasan 41.3 batu nautika di barat laut Tok Bali, di sini, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Pejabat Daerah Maritim 10 Tok Bali Kpt Maritim Norul Hizam Zakaria berkata pihaknya turut menahan seorang tekong dan enam awak-awak warga Vietnam berumur lingkungan 16 dan 48 tahun dalam kejadian pada 11.50 pagi itu.

Norul Hizam berkata APMM turut menyita sebuah bot nelayan laut milik nelayan terbabit yang bernilai RM500,000.

“Nelayan dan bot mereka ditunda ke pelabuhan APMM Tok Bali bagi tindakan lanjut. Pencebohan itu diketuai oleh tekong yang dikenali sebagai Do Van Ket berusia 48 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata nelayan terbabit menggunakan penangguk besi yang dicipta khas bagi menangkap gamat di kawasan perairan yang tidak dibenarkan.

Kesemua nelayan terbabit ditahan reman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985.

Katanya, spesies gamat mendapat permintaan tinggi berikutan harganya antara RM10 hingga RM15 sekilo di pasaran Vietnam untuk dijadikan ubat tradisional.

“Spesies berkenaan kini banyak terdapat di perairan negara disebabkan musim membiak dan tidak ditangkap oleh nelayan tempatan,” katanya.

Menurutnya, bagi tempoh Januari hingga semalam, APMM berjaya menahan empat bot nelayan Vietnam kerana kesalahan aktiviti menangkap gamat di perairan negara. – BERNAMA

Tags: APMMseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd