• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan Polis Gari Tahanan Wajib Ikut SOP

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Walaupun ramai mempertikaikan tindakan menggari lima editor sebuah portal berita awal minggu ini, ia adalah prosedur standard yang diamalkan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, dimana seorang wanita digari dan dipenjarakan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, Mahkamah Agungnya memutuskan polis berkuasa untuk menggari individu yang melakukan kesalahan kecil.

Peraturan sama digunakan di Kanada membabitkan seorang kanak-kanak autistik berusia sembilan tahun digari oleh pihak berkuasa.

Peguam Fahri Azzat bagaimanapun merasakan hakikat bahawa amalan peraturan tersebut di negara lain adalah tidak masuk akal.

“Amalan menggari tertuduh adalah permohonan tidak konsisten berdasarkan anggapan tidak bersalah.

“Sehingga tertuduh disabitkan, anda tidak boleh memanggil individu tersebut sebagai penjenayah. Anda tidak patut melayannya seperti seorang penjenayah,” kata Fahri.

Beliau berkata seseorang itu tidak perlu digari melainkan ada alasan kukuh seperti dia ada sejarah meloloskan diri atau jika tertuduh mencuri pistol pegawai polis.

“Namun jika mereka tampil dengan rela hati, apa gunanya menggari mereka,” katanya.

Fahri juga berkata jenayah kolar putih seperti penipuan dan menghasut tidak mengharuskan penggunaan gari.

“Mereka bukan seseorang yang melakukan suatu keganasan. Ia adalah kesalahan intelektual, jadi mengapa perlu menggari mereka?,” soalnya.

Beliau berkata Kanun Tatacara Jenayah menetapkan apabila dan bagaimana seseorang itu ditahan tetapi tidak memaklumkan mengenai amalan menggari tertuduh.

“Ia adalah amalan biasa bagi polis di Malaysia untuk menggari dan menahan tertuduh ketika ditangkap.

“Tertuduh biasanya dimasukkan di dalam lokap semalaman sementara polis memohon perintah reman. Lokap adalah bilik biasa yang dipasang geriji besi. Ia tidak selesa, tiada hiburan, tiada akses ke dunia luar dan dilengkapi tandas (kongsi) terbuka,” katanya.

Tertuduh akan digari sekali lagi apabila mereka dibawa ke mahkamah.

“Mereka kemudiannya akan duduk di dalam kandang tertuduh sepanjang perbicaraan dan ia membuatkan mereka kelihatan seperti penjenayah. Ia memberi andaian bahawa mereka bersalah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh berkata amalan menggari individu yang ditahan sentiasa menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard polis (SOP).

“Ia adalah SOP kami untuk menggari sesiapa sahaja yang ditahan, sama ada mengiringi mereka ke balai polis atau mahkamah.

“Tiada layanan khas diberikan kepada sesiapa sahaja kerana kami menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya ketika dihubungi.

Malah, menurut Amar, tindakan boleh diambil terhadap anggota polis yang gagal menggari individu dibawah tahanan mereka.

“Kami mempunyai SOP yang jelas, tanpa mengira apa jua kesalahan,” katanya. – mStar Online

Tags: polisTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Bekalan Air Di Sebahagian Tampin Pada 7 April

Next Post

Zunar Didakwa Dengan Sembilan Tuduhan Menghasut

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Zunar Didakwa Dengan Sembilan Tuduhan Menghasut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd