• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Curi RM1.23 Juta, 5 Suspek Warga Indonesia Diberkas

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan lima suspek warga Indonesia termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes kecurian wang bernilai RM1.23 juta di Kelana Jaya dekat sini pada 16 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata empat suspek lelaki ditahan dalam operasi di Sentul, Kuala Lumpur dan Gombak pada Sabtu lepas, manakala suspek wanita ditahan di Rawang semalam kerana dipercayai terlibat mengirimkan wang berkenaan ke luar negara.

“Ketika tangkapan, polis turut menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM20,000 daripada seorang suspek. Turut dirampas tiga buah kereta Proton Wira selain resit kiriman wang ke Indonesia berjumlah kira-kira RM57,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan mengekori individu yang baru mengeluarkan wang dari bank sebelum bertindak memecahkan cermin kenderaan mangsa dan melarikan wang yang ditinggalkan dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Penahanan kesemua suspek dipercayai turut membantu menyelesaikan tujuh lagi kes lain di Selangor yang melibatkan kerugian kira-kira RM1 juta, membabitkan modus operandi sama, katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curiwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd