Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Kaji Sosma...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji...

NGO Anjur Himpunan Bantah...

AMPANG – Pertubuhan Sekretariat Suara Rakyat UMNO dan Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu)...

Rogol Adik Ipar, Paksa...

SUAMI kepada seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 14 tahun ini...

Lady Gaga Tayang Cincin,...

PENYANYI yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga menghebahkan statusnya kini bergelar tunangan...

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Ketika Berkhemah

JOHOR BAHRU – Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman Bahtera, Jemaluang dekat Mersing, 4.30 pagi tadi.

Kedua-dua mereka, Rizal Ismail, 33 dan Hanafi Abd Rahman, 42 disahkan meninggal dunia di Klinik Jemaluang akibat kecederaan serius serta pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua rakan itu bersama dua lagi rakan mereka pergi memancing kira-kira empat kilometer ke dalam hutan itu pada jam 4.30 petang semalam.

“Mereka mendirikan khemah dalam kawasan hutan dan tidur di situ sebelum sebatang pokok tumbang dan menghempap khemah dua orang mangsa ini.


“Mereka cedera di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak klinik Jemaluang,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori