• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Juruterbang Air India Digantung Tugas Bergaduh Dalam Kokpit

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA juruterbang Air India digantung tugas selepas kedua-dua mereka dilaporkan bergaduh di dalam kokpit pesawat sejurus sebelum berlepas.

Portal Daily Mail melaporkan perbalahan itu melibatkan kapten dan pembantu juruterbang semasa pesawat itu sedang membuat persiapan untuk penerbangan selama 50 minit dari Delhi ke Jaipur malam Ahad.

Memetik akhbar Times of India melaporkan seorang sumber bahawa pembantu juruterbang berkenaan berang selepas disuruh mencatat maklumat kritikal penerbangan seperti jumlah penumpang, berat untuk pelepasan pesawat dan jumlah minyak.

Tugas mereka digantung sementara siasatan dijalankan selepas kapten bagi penerbangan A1611 mengadu bahawa pembantu juruterbang berperangai buruk dan “menyerangnya”, lapor Times of India.

Kapten juruterbang sepatutnya boleh membuat laporan berhubung insiden di Delhi, tetapi tindakan itu hanya menyebabkan penerbangan dibatalkan dan penumpang akan terkandas.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan menerbangkan pesawat itu ke Jaipur sebelum memaklumkan tentang insiden tersebut kepada kakitangan Air India selepas mendarat.

Seorang jurucakap Air India memberitahu media: “Kedua-dua juruterbang itu telah digantung tugas. Satu siasatan dilakukan berhubung perkara ini.”

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menegaskan tindakan penggantungan itu hanya terhad kepada pertengkaran mulut dan tidak melibatkan serangan fizikal. – Daily Mail

https://www.youtube.com/watch?v=xR97oHdJBbY

Tags: IndiaJuruterbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd