• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15,500 JKKKP Seluruh Negara Bantu Pantau Harga Barangan

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Sebanyak 15,500 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara akan dikerahkan untuk memantau harga barangan sepanjang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terutamanya di kawasan kampung.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sebanyak 486 JKKKP di Pulau Pinang membabitkan 10,000 anggota ditugaskan untuk turun padang memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Kalau kita lihat pembeli di kawasan kampung tidak terjejas dengan pelaksanaan GST kerana mereka kebiasaannya membeli barangan di kedai runcit, pasar malam, pasar Kemboja dan pasar tani yang kebanyakannya tidak mengeluarkan resit.

“Itu yang menjadi masalah, kita risau ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati. Setakat ini kita tidak mendengar maklum balas daripada pengguna tentang kenaikan harga barang di kedai-kedai berkenaan.

“Namun, kita sedang memantau kedai-kedai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Peningkatan Produktiviti peringkat negeri Pulau Pinang, di sini Sabtu.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata pengguna juga perlu menggunakan kebijaksanaan mereka ketika membuat pembelian bagi memastikan tidak berlaku unsur penipuan dan tiada peniaga yang mengambil kesempatan.

Ditanya sama ada pelaksanaan GST akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, beliau berkata parti menerima hakikat bahawa GST akan menjadi isu sepanjang pilihan raya kecil itu.

Namun, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak akan menjejaskan usaha jentera BN untuk terus memberi penerangan mendalam kepada penduduk Permatang Pauh berhubung kebaikan sistem percukaian baharu itu.

“Kita cuma akan tahu kesannya apabila kita menjalankan kempen secara mendalam. Sekarang ini kita baru di peringkat permulaan dan GST pun baru diperkenalkan. Jadi, kita tak sampai lagi tahap mengumpul maklum balas yang mendalam.

“Setengah daripada mereka faham apa yang kerajaan buat, dan ada setengah daripada mereka pula mempertikaikannya yang memerlukan kita menerangkan kepada mereka. Itu adalah satu daripada tugas utama jentera kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTHarga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd