Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh Bukan Bermula...

PETALING JAYA : Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF) menjelaskan kejadian tanah...

Adik Dipercayai Bunuh Abang...

ALOR SETAR - Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di...

Independent Barber, Kedai Gunting...

JIKA di Barat, gaya potongan rambut ala Inggeris pompadour buat golongan lelaki sudah...

Pendekatan Tangani Ancaman Terhadap...

KOTA KINABALU - Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri (KKKN) Sabah akan mencari pendekatan terbaik...

1 Kuasa Besar Sedang Berkembang Sebagai Kuasa Ketiga Di Timur

Jika saya ingin menulis tentang sebuah kuasa baru yang semakin berkembang di Timur, populasinya seramai 633 juta merupakan yang ketiga terbesar di dunia selepas China dan India, dan 100 juta lebih daripada Kesatuan Eropah atau seluruh Amerika Utara, anda mungkin rasa anda tahu banyak tentangnya.

Ia dalam usaha untuk menjadi penyumbang ekonomi keempat terbesar di dunia pada 2050; yang mana pada masa ini merupakan blok pengeksport keempat terbesar di dunia. Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) – kini $2.5 trilion – diramalkan akan mencapai $ 4 trilion pada 2020.

Lebih separuh muatan tanan dunia tahunan perkapalan dagang menggunakan laluan lautannya. Dan dengan pertumbuhan kelas menengah dan populasi muda yang tidak seimbang dan semakin berpendidikan, tidak hairanlah majalah yang berpangkalan di Tokyo, Diplomat bertanya minggu lalu jika ia adalah “pelaburan Asia yang paling mendapat sambutan”. Ia memetik laporan PwC yang menyatakan bahawa “tarikan pasarannya adalah jelas”.

Jadi siapa atau apakah yang berpotensi menjadi “kuasa ketiga” ini, seperti yang digambarkan salah seorang pemimpinnya pada Isnin lalu?

Apabila saya mendedahkan bahawa ianya adalah Asean, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, saya sedar bahawa ia mungkin akan disambut dengan sedikit sindiran. ASEAN telah berkembang perlahan-lahan dan berperingkat selama 47 tahun sejak ditubuhkan. Sehinggakan penyokong organisasi itu yang paling tegar akan mengakui bahawa agak sukar kadang kala untuk mewujudkan semangat yang besar untuknya. Sebagai satu entiti, ia mungkin juga dikenali oleh kelas elit dan perniagaan, tetapi tidak adil mengatakan bahawa mereka tidak berbincang tentang perkara lain di sawah padi dan muara sungai di rantau ini. Lebih jauh, akronimnya tidak dikenali golongan lain di luar bidang akademik dan pengajian dasar.

Tetapi dengan Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang sudah berakhir di Kuala Lumpur, sudah tiba masanya untuk memperbaiki tanggapan itu. Statistik dan ramalan pada awal tulisan ini cukup untuk menyokong kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, negaranya menjadi pengerusi persatuan itu tahun ini.“Inilah masanya untuk Asean, sekarang,” katanya. “Marilah kita bekerjasama,” katanya kepada rakan sejawat dari kerajaan lain pada majlis perasmian sidang kemuncak itu, “untuk memastikan abad Asia juga merupakan abad Asean”.

Tidak ada sebab mengapa Asean boleh tidak menjadi “kuasa ketiga” bersama China dan India di Asia, seperti yang dikatakan Najib. Komuniti Ekonomi Asean yang akan diwujudkan menjelang akhir tahun ini sepatutnya membolehkan perdagangan yang lebih bebas dan pengharmonian standard dan peraturan, serta penekanan yang lebih pada “pemusatan Asean” yang menjadikan blok bertindak sebagai satu unit.

Bagaimanapun, pencapaian lalu Asean juga telah lama dipandang ringan. Fikirkan kembali masa ia ditubuhkan pada tahun 1967. Amerika amat takut mengenai “kesan domino”: di mana satu demi satu negara Asia Timur akan jatuh ke tangan komunisme. Rantau ini telah mengalami dua dekad keganasan dan pemberontakan selepas Perang Dunia Kedua dan mencapai kemerdekaan di mana kebanyakannya dirampas secara tegas dari rejim penjajah terdahulu. Dari 1963-1966, Malaysia dan Indonesia terbabit dalam satu perang yang tidak diisytiharkan sebagai Konfrontasi dengan Presiden Sukarno bersumpah untuk “menghancurkan” negara jirannya di utara.

Namun selepas setahun berakhirnya konflik itu, wakil-wakil Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina berjaya menandatangani Deklarasi Bangkok dan ikrar “untuk mengikat diri mereka bersama-sama dalam tali persahabatan dan kerjasama … dalam usaha untuk memperkukuhkan asas bagi komuniti Negara Asia Tenggara yang sejahtera dan aman.”


Menjaga keamanan, seperti yang dilaksanakan Asean, termasuk memastikan pertikaian sempadan tidak bertambah buruk dan menghentikan penularan penyakit komunism, adalah pencapaian yang tulen. Mereka tidak boleh dipandang sepi.

Brunei menyertai Asean pada tahun 1984, diikuti oleh Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997, dan Kemboja pada tahun 1999. Terdapat pihak yang mengkritik penyertaan empat negara terakhir itu dengan alasan ia akan merencatkan integrasi ekonomi. Tetapi Asean membuktikan yang ia lebih bijak, tidak seperti Kesatuan Eropah. EU terburu-buru dalam membawa masuk bekas negara komunis yang berada di peringkat pembangunan yang berbeza menyertai kesatuan. Dan mereka dipaksa memenuhi zon Eropah yang sempit, mata wang tunggal, ahli-ahli lain yang tidak pernah benar-benar memenuhi kriteria untuk penyertaan itu. Keadaan ini telah menghasilkan bencana di Eropah. Asean perlu dipuji untuk kesabarannya, tidak dimarahi kerana mengambil masa yang lama.

Begitu juga dengan penyertaan Myanmar yang didebatkan yang mana pada masa itu ia masih di bawah pemerintahan diktator tentera yang belum disusun semula, sebagai satu kesilapan. Tetapi mereka yang menyokong keputusan itu akan yakin dengan beberapa justifikasi yang jelas, bahawa sekatan selama beberapa tahun hanya mengasingkan dan melemahkan rejim, sedangkan peluang yang disediakan oleh kumpulan dengan 10 negara itu akan membantu membawanya ke landasan pembaharuan. Mereka akan mengatakan bahawa perlahan-lahan, tetapi pasti, langkah itu berhasil.

Keengganan untuk bertindak terlalu cepat atau secara agresif dalam hal-hal politik bermakna sebarang pembentukan sebuah badan eksekutif untuk Asean – seperti Suruhanjaya Eropah – tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Dan ia mungkin akan dianggap sebagai tidak diingini sesiapa. Ini menjelaskan mengapa sidang kemuncak baru-baru ini berakhir tanpa kenyataan bersama yang lebih kuat mengenai tuntutan wilayah China di perairan rantau ini.

Perpaduan yang lebih erat di peringkat politik akan menggalakkan rasa identiti pan-Asean dan menyokong usaha-usaha ke arah integrasi ekonomi. Tetapi sebagai satu ekonomi, Asean kini semakin meningkat dan setiap trend dan statistik menunjukkan bahawa tidak lama lagi, ia akan mengambil alih kedudukan teratas carta. Perhatikan dunia – dan kali ini, ambil perhatian.

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori