PRINCESS ANNE, Maryland – Tujuh kanak-kanak dan seorang dewasa, semuanya mempunyai ikatan keluarga ditemui mati dalam sebuah rumah di sini, kata polis, hari ini.
Pegawai Jabatan Polis Princess Anne berkata, dipercayai tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa diarah ke rumah berkenaan selepas dihubungi seorang rakan mangsa.
Kenyataan akhbar jabatan itu berkata, kanak-kanak terbabit berusia di antara 6 dan 16 tahun.
Polis tidak memberitahu umur mangsa dewasa itu atau bagaimana semua mangsa dikatakan mempunyai ikatan keluarga.
Sementara itu, sejumlah kecil orang ramai berkumpul di depan rumah berkenaan.
Princess Anne adalah daerah dalam Somerset County di pantai timur Maryland. – AP