Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Jawatan Dalam UMNO Perlu...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jawatan tertinggi parti...

Keputusan Undi Belah Bahagian...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Apa Kes Sampai Pakai...

PELIK memikirkan perangai segelintir orang muda zaman la ni...Demi mendapatkan perhatian masyarakat dan...

Kementerian Pendidikan Tinggi Tetap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Wanita Dihina Akibat Gigi Teruk, Kini Berubah Wajah..

LONDON – Selepas melalui penghinaan yang teruk akibat keadaan giginya yang teruk, seorang wanita, kini boleh tersenyum.

Dia kini melalui perubahan menakjubkan apabila sebuah program televisyen, The Jeremy Kyle Show membelanjakan sebanyak RM55,000 untuk membetulkan gigi wanita tersebut.

Wanita itu menjadi terkenal secara tidak sengaja selepas muncul sebagai tetamu dalam rancangan tersebut bagi membincangkan kisah cintanya.

Dalam rancangan berkenaan, wanita itu turut merayu supaya dia tidak diganggu.

“Jangan ganggu saya hanya kerana saya tidur dengan bekas kekasih awak,” itu antara kata-katanya dalam rancangan berkenaan.

Namun sebaik selepas kemunculannya itu, orang ramai menggunakan Twitter untuk memperlekeh, menghina dan memburuk-burukkan wanita berkenaan secara kejam disebabkan keadaan giginya yang teruk, bukannya mengenai kisah cinta wanita tersebut.

Penerbit The Jeremy Kyle Show kemudiannya memutuskan untuk membiayai kos membetulkan gigi wanita tersebut dan kini dia mempunyai barisan gigi yang cantik dan putih.


Proses berkenaan dirakamkan di rumahnya dan dia berada dalam keadaan sedar ketika giginya dibetulkan.

Dia juga akan muncul semula dalam The Jeremy Kyle Show bagi menunjukkan perubahan wajahnya.

Malah wanita itu juga kini secara rasmi sudah bersama dengan seorang lelaki bernama Tony, yang tidak lagi malu untuk keluar dengannya selepas gigi wanita berkenaan dibaiki.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori