• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Bogel Untuk Masuk Ke Pameran Seni Ini…

oleh
19/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun, untuk pertama kalinya, Galeri Nasional Australia di sini mewajibkan pengunjung untuk menanggalkan pakaian mereka.

Arahan itu demi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati dan menghayati karya seni artis popular, James Turrell dari Amerika Syarikat, A Retrospective, yang mengeksplorasi kecintaan beliau terhadap konsep cahaya dan lanskap.

Tanpa pakaian, pameran unik yang bermula 1 April depan bakal dapat menghilangkan batas sempadan antara karya sang artis dengan pengunjung dan setakat ini seramai 150 orang sudah menyatakan persetujuan berbogel apabila datang kelak.

Galeri kebangsaan itu turut mendapat kerjasama artis kontemporari dari Melbourne, Stuart Ringholt untuk menyelenggarakan acara pameran yang berkonsepkan telanjang agar dapat meningkatkan persepsi pengunjung mengenai karya seni Turrell.

“Karya beliau banyak fokus pada cahaya, persepsi, matahari, bulan, dan hal-hal bernada syurgawi, dia memiliki gagasan bahawa kulit akan sangat pesona jika bermandikan cahaya dalam bentuk vitamin D sehingga tampak anggun sekali,” ujar Ringholt.

“Bagaimana mungkin kulit mampu bermandikan cahaya yang diperlukan dalam karya Turrell jika kita memakai pakaian, justeru kami menganggap akan lebih baik jika pengunjung sendiri sanggup menanggalkan pakaian mereka,” tambah beliau.

Dalam lawatan terakhir Turrell ke Canberra, dia menyarankan pihak Galeri Nasional Australia untuk membolehkan pengunjung berekspresi dengan karya seni ciptaannya sambil bertelanjang diri tanpa menggunakan pakaian sama sekali.

Ini pernah dilakukannya semasa pameran karya seninya di Jepun, namun atas sebab keselamatan dan menjaga maruah peribadi, galeri di Canberra itu akan ditutup untuk umum, kecuali mereka yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan pameran.

“A Retrospective hanya akan dibuka bagi kalangan pembogel dan orang yang datang kena siap menanggalkan pakaian sebelum masuk, manakala pihak media diberi pengecualian jika enggan bertelanjang bagi membuat liputan,” jelas Ringholt. – Agensi

Tags: bogelgaleripakaianpameransenitelanjang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd