SANGAT emosional.. itulah ungkapan yang dapat diterjemahkan selepas menonton video ini.
Bermacam emosi bercampur baur melihat tindakan orang ramai yang merancang memberi kejutan ‘istimewa’ kepada seorang lelaki yang cacat pendengarannya di Istanbul, Turki.
Mereka telah membuat persediaan selama sebulan bagi menghadiahkan satu hari yang terbaik untuk lelaki bernama Muharram itu.
Hanya demi satu hari yang membahagiakan untuk Muharram, orang ramai yang mengambil bahagian sanggup mempelajari bahasa isyarat supaya dapat berkomunikasi dengannya.
Kita yang sempurna pendengaran pasti gembira kerana hidup di kalangan masyarakat yang normal seperti kita, jadi tidak salah sekiranya kita kongsi nikmat yang dirasai itu bersama orang yang kurang bernasib baik seperti Muharram dengan menjadi sebahagian daripadanya.
Jika semua orang miliki sifat prihatin dan mulia seperti ini, pasti hidup akan lebih bermakna dan bahagia.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=otUJzNtRPhw