Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Rabies: Dua Kanak-Kanak Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan dua orang kanak-kanak yang...

Tindakan Yang Menakjubkan Bila...

KEMAMAN - Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada...

Korea Utara Lancar Peluru...

PYONGYANG -  Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik di seluruh Jepun, langkah...

H5N1: JPVK Lupus 35,999...

KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) melupuskan sebanyak 35,999 unggas dan...

VIDEO: Ganas! Sotong Kurita Serang, Baham Ketam

RATA-RATA orang pasti mengenali octopus atau sotong kurita.

Tapi tak ramai tahu tentang makanan dan sifat haiwan ini selain melihatnya sebagai satu hidangan lazat terutama di restoran Jepun.

Sotong kurita sebenarnya merupakan haiwan pemangsa aktif dan bijak, selain mempunyai penglihatan yang baik. Justeru sesetengah filem yang memaparkan haiwan ini sebagai pembunuh licik adalah benar.

Bagaimanapun, peluang untuk melihat sendiri aksi sotong kurita membaham mangsanya bukanlah sesuatu yang biasa.

Tak hairanlah Porsche Indrisie yang secara tidak sengaja merakam situasi ini menjadi teruja bercampur gementar.

Dalam video yang dirakam seminggu lalu di kolam berbatu yang terletak di Yallingup di Barat Australia, seekor sotong kurita kelihatan menerjah keluar dari air lantas menerkam seekor ketam.


Walaupun cuba melawan ketam tersebut akhirnya menjadi habuan sotong kurita yang ganas, tak padan dengan saiznya itu.

Ini adalah fenomena alam yang amat jarang dapat disaksikan apatah lagi dirakam, maka tak hairanlah hingga ke hari ini jumlah tontonan bagi rakaman sotong kurita memakan ketam ini sudah mencecah lebih 10 juta!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori