Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Berhubung Dengan 10...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah berkomunikasi dengan 10...

Covid-19: 3,080 Kes Baharu,...

SHAH ALAM - Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 3,080 kes baharu dan 10 kematian...

Pemuda UMNO Sabah Buat...

KOTA KINABALU - Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis berhubung...

1,889 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,889 kes baharu Covid-19, hari...

Video/Gambar: 2 Pesawat Indonesia Terhempas Di LIMA ’15

SEBELUM ini, Mynewshub telah melaporkan berita tentang dua pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika sedang melakukan latihan aerobatik sempena LIMA’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi.

Nahas berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi.

no_1.transformed

Detik cemas sebelum pesawat sebelum terhempas, telah berjaya dirakamkan saksi di tempat kejadian yang kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut di laman sosial.

Dapat dilihat, kedua-dua pesawat menjunam disusuli dengan api dan kepulan asap tebal sebelum terhempas.

Bagaimanapun, beberapa saksi di tempat kejadian dikatakan melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun.

10986643_388718791306680_7387524632089168671_n10923641_10205440856132413_3920503400309386838_n (1)


Menerusi gambar yang dikongsikan, kedua-dua juruterbang dilihat selamat namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka mendapat lain-lain kecederaan yang hanya dapat dipastikan selepas diperiksa doktor.

Insiden ini turut mengakibatkan sebuah rumah terbakar di Kampung Kedawang, Langkawi. 

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=A0RLN8XsjPY&feature=youtu.be

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori