• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Perlu Diimbangi Elemen Keadilan – Sultan Perak

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Azlan Shah bertitah undang-undang akan gagal memenuhi objektif penggubalannya tanpa adanya elemen keadilan yang dibaca bersama dalam mana-mana peruntukan.

Menurut baginda, pelaksanaan keadilan merupakan elemen yang wajib dikekalkan dan sama sekali tidak boleh dikompromi, walaupun cabang perundangan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Tanpa elemen keadilan, sesuatu peruntukan keadilan adalah ‘hollow’, laksana jasad yang wujud tanpa roh. (Dalam keadaan sebegitu) undang-undang sekadar kompilasi adunan ayat dan himpunan perkataan,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah pada Majis Konvokesyen ke-20 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di Kuala Lumpur, Khamis.

Sultan Nazrin Shah berpandangan bahawa proses keadilan wajar bermula sebelum bermulanya sebarang proses di mahkamah.

Titah baginda, sebelum pendakwaan dimulakan, pertimbangan keadilan perlu disuntik ke dalam proses menilai kertas siasatan kerana prosiding undang-undang jenayah yang bersifat punitif memerlukan setiap fakta diperhalusi dan bukan hanya dibatasi kepada pembacaan undang-undang secara literal.

“Objektif dan tujuan mengapa sesuatu peruntukan perundangan jenayah diperkenalkan perlu dibaca bersama dengan fakta kes. Pertimbangan yang serupa (turut) terpakai dalam kes-kes sivil,” titah baginda.

Menurut Sultan Perak, sudah sampai masanya sesuatu undang-undang itu diberi pertimbangan dan penekanan yang lebih khusus kepada roh keadilan.

“Undang-undang bukan hanya berkisar kepada ‘do’s and don’t’s’ tetapi menjangkaui perkara-perkara tersebut,” titah baginda sambil menambah bahawa undang-undang secara hakikatnya berkisar kepada perbincangan falsafah dan idealisme yang perlu memenuhi kehendak masyarakat.

Justeru, titah Sultan Nazrin Shah, pentadbiran dan pengurusan undang-undang memerlukan roh keadilan dibaca bersama-sama dengan ayat dan istilah undang-undang.

“Undang-undang dan keadilan tidak boleh dipisahkan. Undang-undang dan keadilan wajib seiring dan sejalan,” tegas baginda.

Dalam pada itu, Sultan Perak bertitah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang wajar memperkenal dan memberi penekanan kepada modul pembelajaran berkaitan keadilan.

“(Ini) demi memastikan kebijaksanaan membaca undang-undang dapat diimbangi dengan pertimbangan keadilan supaya objektif kewujudan sesuatu undang-undang dapat dipenuhi secara lebih berkesan,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: kesalahan undang-undangSultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fitnah! Laporan Polis Dibuat Sangkal Artikel ‘Raja Tolak Hudud’

Next Post

Hukuman Penjara 2 Tahun Bekas Pemandu Bas Sekolah Kekal

Related Posts

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

Saarani Dititah Menghadap Sultan Perak

Saarani Dititah Menghadap Sultan Perak

14/10/2022
0

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dititahkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di...

Next Post

Hukuman Penjara 2 Tahun Bekas Pemandu Bas Sekolah Kekal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd