• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMK Rancang Sistem ‘Feeder’ Tarik Pelajar China

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merancang memperkenal sistem ‘feeder’ berbentuk kursus pensijilan Bahasa Inggeris di China bagi menarik pelajar dari negara itu melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Prof Datuk Mortaza Mohamed, berkata melalui sistem berkenaan pelajar dari China akan memperoleh sijil Bahasa Inggeris yang menjadi antara syarat kemasukan ke universiti tempatan, selain mempromosi universiti berkenaan di negara tembok besar itu.

“Ini adalah struktur yang lebih lestari berbanding hanya membuat promosi di sana,” katanya selepas Sesi Bicara bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di universiti berkenaan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi SME Corporation Malaysia Isham Ishak.

Dialog berkenaan dianjur bersempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke 21 (AEM) bertemakan ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita’ yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Mortaza berkata, inisiatif berkenaan adalah sejajar dengan matlamat UMK untuk mempunyai 10 peratus pelajar asing menjelang tahun hadapan.

Katanya, antara kawasan yang disasarkan universiti berkenaan di China ialah wilayah-wilayah yang mempunyai populasi Islam yang besar seperti Xi’an.

“Pada mereka, Malaysia ialah tempat yang selamat,” katanya.

Mortaza berkata, selain program ‘feeder’ berkenaan, UMK telah mewujudkan program berkembar dengan pusat pengajian tinggi luar negara seperti di Indonesia dan Asia Barat.

Katanya, pelajar dari negara berkenaan akan mengikuti program pra-Diploma di negara asal mereka sebelum melanjutkan pelajaran ke negara ini.

Selain menembusi pasaran China, katanya, universiti berkenaan akan turut meluaskan kerjasama ke negara anggota ASEAN seperti Laos dan Kemboja.

Katanya, langkah ini akan mengukuhkan lagi nama universiti berkenaan di negara serantau selepas turut menjalin kerjasama dengan universiti di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Mortaza berkata, Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik pelajar asing belajar di sini memandangkan sistem pendidikan tinggi di negara ini diiktiraf negara luar, terutama negara Barat, selain penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

“Penguasaan bahasa inggeris penuntut kita lebih baik daripada rakan mereka di kebanyakan negara serantau, malah mungkin sama baik dengan Singapura,” katanya.

Sejak memulakan pengambilan pelajar pada Jun 2007, UMK kini memiliki kira-kira 9,000 pelajar, termasuk 75 pelajar asing yang kebanyakannya dari Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: UMK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mini Konvokesyen UMK Penuhi Hajat Graduan Dalam Wad

13/12/2018
0

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenuhi hajat seorang graduan untuk menyarung jubah konvokesyennya dengan mengadakan Majlis Khas Penyampaian...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd