• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Diminta Jayakan Agenda Perpaduan

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Umat Islam diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda penyatuan dan perpaduan, selari dengan firman Allah SWT yang menuntut kepada perpaduan ummah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya walaupun usaha pemupukan perpaduan memakan masa yang lama, namun rakyat perlu menunjukkan tahap kematangan berasaskan nilai hormat-menghormati.

“Saya menyeru segenap lapisan rakyat bersama-sama memperkukuh perpaduan dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-36 di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan telah dan sentiasa mengambil sikap tegas untuk memelihara kesucian agama Islam di negara ini.

Ia dilakukan menerusi pemantauan dan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesucian agama Islam memandangkan kemasukan ajaran yang menyeleweng bukan sahaja memudaratkan akidah ummah, tetapi menyebabkan berlakunya perpecahan, katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri kata Mukhriz akan terus memastikan pengajaran dan pembelajaran al-Quran terus berjalan, melalui pembinaan banyak sekolah agama antaranya Maahad Tahfiz.

Katanya pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran di negara ini yang menggabungkan akademik, Bahasa Arab dan hafazan al-Quran merupakan salah satu usaha mengetengahkan usaha menghafaz al-Quran.

Hasilnya, para Huffaz berjaya dikeluarkan dan sedang berkhidmat di dalam di dalam pelbagai bidang, selain bertambahnya madrasah-madrasah tahfiz swasta yang banyak dibina di seluruh negeri.

Bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, majlis hafazan itu menghimpunkan 73 peserta dari 14 buah negeri, melibatkan tiga kategori pertandingan iaitu Juzuk 1-10, Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30.- BERNAMA

http://mynewshub.cc/wp-admin/post-new.php

Tags: islamMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd