Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ibu, Bapa, Adik, Pembantu...

KUALA LUMPUR - Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut...

Pelajar Maut Motosikal Bergesel...

BAGAN SERAI - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut akibat digilis lori di Km...

Erdogan Gesa Parti Ketepi...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa semua parti politik mengetepikan perbezaan...

“Eh.. Tol Masih Ada...

KUALA LUMPUR – “Eh.. tol masih ada masa itu ke?” tanya Datuk Seri...

Tumor Seberat Budak 4 Tahun Dibuang Dari Dalam Perut

INDIA – Seorang wanita yang pernah cuba membunuh diri, kini menjadi manusia paling gembira di dunia selepas tumor seberat 17 kilogram yang menyamai berat kanak-kanak berusia empat tahun, berjaya dikeluarkan dari perutnya.

Nunwati Devi, 30, kini tidak lagi tertekan dan melalui kesakitan yang tidak tertanggung selama sembilan bulan setelah pembedahan itu dijalankan.

Ketika menghidap tumor itu, beratnya mencecah 60.5 kilogram, namun kini berat badannya turun 43 kilogram.

Tumor di perutnya itu sangat besar hinggakan rahim dan pundi kencing tidak kelihatan ketika imbasan dilakukan di hospital.

tumor1

Ia menyebabkan doktor terpaksa membedahnya dan pada 26 Februari lalu, penderitaan Devi berakhir.


Pembedahan itu juga menyaksikan sebahagian besar pundi kencing dan saluran pembuangan najis terpaksa dipotong. Ia kemudiannya dibentuk semula dengan menggunakan usus.

Menurut suami Devi, Umesh, isterinya itu tidak sabar-sabar lagi untuk menjalani pembedahan berkenaan meskipun ia mengancam nyawanya.

“Dia hanya mahu buang ketumbuhan berkenaan. Baginya lebih baik dia mati di meja pembedahan asalkan ketumbuhan itu berjaya dibuang kerana ia merupakan racun dalam badannya,’’ kata Umesh.

– MYNEWSHUB.CC

http://youtu.be/_Dn96zpBSNM

  • Lagi berita berkaitan:
  • tumor

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori