• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Kerja Sama Bantu Mangsa Banjir – Sultan Kelantan

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dipertingkatkan bagi membina rumah kekal kepada mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana luar biasa, Disember lepas.

Baginda berharap pembinaan rumah kekal dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mangsa banjir dapat kembali normal.

“Beta berharap kerajaan negeri dapat memastikan rumah-rumah tersebut dibina di atas tanah bersesuaian, mematuhi peraturan dan undang-undang,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, sebanyak 1,827 rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini.

Baginda mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak yang terlibat dalam kerja menyelamat serta menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah, sama ada ketika banjir atau pasca banjir.

“Tidak terkecuali ucapan penghargaan ini Beta tujukan kepada lain-lain kerajaan negeri di Malaysia dan negara-negara luar yang turut memberi bantuan kemanusiaan,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah, banjir besar itu yang turut melanda beberapa negeri lain telah meninggalkan kesan besar kepada ekonomi dan sosial rakyat.

“Sesungguhnya apa yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri. Kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan penuh keredaan,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan impak negatif daripada perubahan landskap ekonomi berikutan senario ekonomi global sekarang yang mempamerkan trend penguncupan dan kelembapan.

Baginda bertitah, Malaysia dijangka menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar berikutan kejatuhan harga minyak global serta kejatuhan nilai ringgit yang mendadak berbanding negara Asia Tenggara lain di samping musibah banjir yang luar biasa.

“Suasana ini sudah pasti akan memberi kesan kepada prestasi kewangan dan pembangunan kerajaan negeri,” titah baginda yang turut mahukan kerajaan negeri melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan operasi pentadbiran negeri di samping mengoptimumkan kutipan hasil.

Sultan Muhammad V bertitah, agar Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan projek kemudahan infrastruktur yang telah lama dirancang seperti projek Central Spine Road, laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu dan jalan persisiran pantai.

“Beta berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan khusus kepada projek-projek infrastruktur negeri ini dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 nanti,” titah baginda.

Baginda turut menyarankan kerajaan negeri mengambil langkah strategik memajukan beberapa subsektor produktif dalam sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pemborongan, peruncitan dan kewangan mikro.

Baginda juga mahu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mewujudkan suasana yang kondusif bagi menarik pelabur ke negeri ini dan memfokuskan Kelantan Selatan untuk pembangunan kawasan perindustrian baharu. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirSultan Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanez Impikan Anak Perempuan Untuk Sinari Perkahwinan

Next Post

PPM Wilayah 2 Tahan 69 Pati Warga Indonesia Di Kota Tinggi

Related Posts

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

PPM Wilayah 2 Tahan 69 Pati Warga Indonesia Di Kota Tinggi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd