Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Masa Depan Sabah Terletak...

KOTA KINABALU - Kekuatan Sabah untuk menuju masa depan yang lebih baik terletak...

Lufya Sah Bergelar Isteri...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Lufya Omar yang sah bergelar isteri kepada doktor kacak,...

20 Warga Filipina Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 warga Filipina ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dokumen...

Bajet 2017 Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Bajet 2017 Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan dibentang pada...

Tindakan Tegas Pelatih Sertai Perhimpunan Haram

MARAN – Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelatih atau kakitangan 32 pusat latihan di bawah kementerian itu yang didapati menyertai perhimpunan haram #kitalawan di ibu negara esok.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kementerian tidak akan bertolak ansur dan mereka kena bertanggungjawab atas perbuatan sendiri.

“Jadi jangan marah jika dikenakan tindakan … sebab itu jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh merugikan masa depan seperti (menyertai) demonstrasi (haram) ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang di Bandar Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perhimpunan #Kitalawan dijadual di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur esok, yang mahu diadakan oleh PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Pada 27 Feb lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.


Dalam ucapannya, Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran menasihati pelajar untuk mengambil peluang dan menjadi sebahagian daripada sasaran kerajaan untuk melahirkan 50 peratus tenaga kerja mahir pada tahun 2020.

Katanya pelajar di negara ini bertuah kerana kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembiayaan pendidikan bagi memastikan mereka boleh belajar dalam keadaan yang selesa dan tenang.

“Ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kami generasi terdahulu, saya sendiri pernah melalui kesusahan apabila rumah tidak mempunyai bekalan elektik dan air menyebabkan perlu berjalan sejauh satu kilometer untuk mandi di Sungai Pahang.

“Hujung minggu pula perlu menoreh getah bagi menampung belanja sekolah. Itu antara kesusahan yang dilalui dan Alhamdulillah masih tetap boleh berjaya seperti orang lain. Jadi tidak ada sebab untuk generasi masa kini tidak berjaya,” katanya.

Ismail juga mengumumkan sumbangan RM10,000 bagi membaik pulih pendingin hawa di bengkel kolej itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori