Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Papan Kekunci Tukar Peranti...

PENGGUNAAN peranti pintar bagi melakukan kerja-kerja pejabat nampaknya sudah semakin sama dengan penggunaan komputer...

Najib Fail Rayuan Gugur...

NAJIB Razak memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk menghalang Gopal Sri Ram daripada...

7 Geng Curi Motosikal...

SHAH ALAM - Polis menumpaskan tujuh geng curi motosikal yang aktif melakukan jenayah...

Kedai Dan Pasar Raya...

TEMERLOH - Kedai, stesen minyak dan pasar raya besar di daerah ini dikatakan...

Tiga Maut Kereta Terhumban Ke Sungai

KENINGAU – Tiga lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Jalan Tenom-Keningau dekat Kampung Sinagang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan, selain tersepit pada kenderaan mereka.

Difahamkan, ketika kejadian, pemandu kenderaan itu hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas dan terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 12 meter.

Bomba menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 11.42 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

Jurucakap polis, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat. – BH Online

Kategori

Leave a Reply